[x]

5 Sept 2016

Teknik Senaman Yang Betul Bagi Atasi Masalah Punggung Jatuh



Sesuai dengan keindahan bentuk tubuh yang dianugerahkan kepada kaum wanita, banyak anggota-anggota tubuh mereka yang sering menarik perhatian kaum lelaki khususnya bahagian punggung.

Selain daripada payudara, punggung wanita yang cantik, pejal dan mantap sering membuat mata lelaki terbeliak dan terpaku. Tetapi seiring dengan berjalannya masa dan meningkatnya usia, secantik dan sepejal mana pun punggung seseorang wanita itu, ianya pasti akan turut berubah seperti mengecut, melorot dan kendur jika tidak dijaga dengan baik.

Jadi khusus buat wanita, kali ini saya akan senaraikan beberapa tips agar anda dapat mempraktikkannya :

Langkah 1 (Baring Telungkup (Meniarap)

Untuk merehatkan otot-otot punggung dan perut. Baring santai pada perut, bagi permulaan boleh gunakan bantal nipis.


Langkah 2 (Menekan Siku)

Untuk membentuk kembali atau mempertahankan lengkung bawah pinggang. Angkat tubuh bahagian atas dengan cara menekan siku, pertahankan pinggul di bawah, punngung releks dan kepala pada posisi yang menyenangkan.

Langkah 3 (Menekan ke atas)

Untuk membentuk kembali atau mempertahankan lengkung normal punggung untuk mendorong disk kembali ke tempatnya. Tangan dengan kedua-dua tapak tangan di bawah bahu, punggung releks, luruskan siku. Angkat tubuh bahagian atas dan pertahankan pinggul di bawah (punggung dilekuk) Lakukan 7 gerakan pertama dengan hitungan teratur 3 gerakan terakhir tahan selama 5 hitungan.

Langkah 4 (Menguatkan Punggung)

Untuk memperkuatkan otot-otot punggung :

Letakkan kedua tangan di sisi tubuh
Kedua tangan diletakkan sejajar bahu ke sisi tubuh (seperti kapal terbang)
Kedua tangan di atas kepala (seperti superman) . Angkat tangan, bahu dan kepala dari lantai, kencangkan otot-otot punggung . Kedua kaki boleh diangkat)

Langkah 5 (Meregangkan Punggung- seperti kucing)

Untuk meregangkan dan memperkuat otot-otot perut dan punggung :

Bertumpu pada tangan dan lutut (seperti merangkak), tegangkan perut dan lengkungkan punggung ke atas, kemudian lenturkan ke bawah.


Langkah 6 (Membongkok ke depan dengan tepat)

Untuk meningkatkan perhatian terhadap postur tubuh, membongkok dengan menekuk tubuh ke depan, kemudian letakkan kedua tangan di belakang pinggang bawah untuk melengkungkan tubuh kembali ke depan. (Juga boleh dilakukan dengan berdiri )

Langkah 7 ( (Memusing tubuh)

Untuk meregangkan sisi tubuh. Kedua tangan diselangkan di depan dada, kedua kaki diletakkan di lantai. Pusing tubuh bahagian atas pada satu sisi (kiri), kemudian ke sisi lainnya (kanan).

Langkah 8 ( Menekuk ke belakang)

Untuk merelakskan punggung atau membentuk kembali / mempertahankan lengkung punggung. Letakkan kedua tangan di belakang pinggang bawah, kemudian lengkungkan tubuh ke belakang, pertahankan kedua lutut tetap lurus. Kembali ke posisi tegak.

Read more…

4 Aug 2016

Lelaki Jual Pontianak Secara Online, Dapat Sambutan Netizen



Seorang pengguna Facebook di Indonesia menggemparkan komuniti laman sosial di negara itu apabila dia mengiklankan pontianak untuk dijual. Achyar Yuliantoro memuat naik iklan berkenaan di satu laman kumpulan di Facebook pada Rabu lalu dan terus viral dalam tempoh beberapa jam.


Tidak cukup dengan itu, dia turut memuat naik gambar seorang lelaki bersama wanita berwajah hodoh dan menakutkan dipercayai pontianak. “Pontianak asli untuk dijual. Khasiat rambutnya mempunyai pelbagai fungsi. “Ilmu pengasih peringkat tinggi dan paling ampuh serta teman ghaib.





Sehelai rambut dijual pada harga Rp700,000 (RM217),” katanya. Iklan itu mendapat sambutan luar biasa daripada pengguna laman sosial di Indonesia dan dikongsi lebih 3,000 kali. Bagaimanapun, beberapa pengguna laman sosial menganggap iklan berkenaan hanya gurauan, tetapi ramai juga yang mempercayainya.


“Sekiranya asli saya mahu, saya mahu jadikannya isteri saya,” kata seorang pengguna Facebook, Diajeng. “Walaupun saya yakin pontianak itu hanya lakonan, tetapi ia masih membuatkan saya takut,” kata seorang lagi pengguna Facebook.

Read more…

20 Jul 2016

VIDEO AKSI PELUK YUNA & USHER JADI PERHATIAN RAMAI


















Akibat dikritik teruk oleh peminat yang tidak senang dengan tindakan beliau memeluk rakan duetnya, Usher ketika mengadakan persembahan Live at The Roots Picnic 2016, di Philadelphia, Amerika Syarikat, baru-baru ini, Yuna tampil membidas kritikan itu dengan menyatakan bahawa kehadirannya didalam industri bukan untuk memuaskan hati semua orang.

“Khas untuk anda semua yang buat saya trending hari ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya berada di sini bukan untuk memuaskan hati sesiapa. Terutama buat lelaki yang tidak mempercayai kebolehan wanita. Puas kutuk saya macam-macam, tetapi apabila nampak di pusat beli-belah, anda jugalah yang mahu bergambar dengan saya”

“Jangan ingat saya tak tahu apa yang anda buat untuk hidup. Kita bukannya bodoh. Ada satu peratus pembenci dan 99 peratus peminat yang sentiasa menyokong sejak terbabit dalam industri muzik, daripada hari pertama lagi. Jangan sesekali ingat yang saya lupa pada anda,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung perkara berkenaan.

Semalam, sebuah video menunjukkan Yuna yang sedang menyanyikan lagu hits, Crush bersama Usher menjadi trending apabila pada penghujung persembahan mereka, Yuna dan Usher telah berpelukan. Gara-gara kejadian itu, ramai meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan tindakan penyanyi itu sebagaimana beliau adalah seorang wanita bertudung.

Pada masa yang sama, disebabkan video itu juga para peminat

Yuna mula bertelagah sesama sendiri. Ada diantaranya berpendapat bahawa kejadian itu berlaku secara tidak sengaja. Ada yang membuat teori bahawa, Yuna terpaksa memeluk Usher hanya kerana ingin menghormati selebriti antarabangsa itu yang pada awalnya ingin memeluknya.





Read more…

12 Jul 2016

Cara Baharu Perbaharui Roadtax & Insuran Kereta Mulai 1.9.2016



Artikel ini adalah hasil perkongsian melvister.com

Peraturan cara baru bagi perbaharui cukai jalan (roadtax) dan insuran kereta mulai 1 September 2016.

Menurut melvister.com, mulai 1 Jun 2016, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi membuat geran atau salinan yang hilang disebabkan penguatkuasaan sistem sijil VOC (Vehicle ownership certificate). Disebabkan itu, dengan penguatkuasaan penggunaan sistem geran sijil VOC ini, tidak ada lagi cetakan belakang pada geran setelah perbaharui roadtax di JPJ.


Berkuatkuasa mulai 1 September 2016, JPJ akan laksanankan pembaharuan roadtax tanpa geran secara menyeluruh di mana pemilik kenderaan wajib hadir untuk renew dan perlu membuat pengesahan cap jari sebagai liabiliti yang bertanggungjawab merenew roadtax sesuatu kenderaan bagi tujuan keselamatan serta mengelakkan penggunaan kenderaan klon.





Penggunaan Geran lama akan ditukar kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) mulai 1 Jun 2016
Bermula 1 September 2016, Renew Roatax dan Insuran tidak lagi perlu geran kereta di JPJ. Dengan sijil VOC ini, tiada lagi cetakan belakang pada geran selepas renew roadtax di JPJ
Hanya perlu hadir ke JPJ dan buat pengesahan cap jari pemilik kenderaan yang sah sahaja.
Bagaimana jika geran asal kereta hilang?

Jika anda ingin maklumat kenderaan disebabkan geran asal telah hilang, anda digalakkan ke JPJ berhampiran bagi mendapatkan maklumat kenderaan (RM20). Dan panjangkan untuk pihak insuran satu salinan bagi perbaharui insurans atau claim insuran.

Read more…

7 Perbuatan Jijik Yang Dilakukan Pekerja Hotel Di Dedahkan


Bekas Pekerja Hotel Ini Dedah 7 Perbuatan Jijik Yang Dilakukan Pekerja Hotel





Artikel ini adalah hasil perkongsian laman Laicikang.com


Biasanya kalau kita pergi melancong kat mana-mana, mesti sudah siap-siap booking tempat yang selesa untuk tidur iaitu di kediaman hotel. Tapi tahukah anda, di sebalik layanan mesra mereka, rupanya ada perkara yang tidak enak dilakukan oleh pekerja hotel di belakang kita.


Tanggapan orang ramai tentang perkhidmatan dan makanan dari hotel yang dijamin bersih dan boleh dipercayai pasti meleset setelah membaca pendedahan daripada bekas pekerja hotel ini. Tapi mungkin bukan semua pekerja hotel yang buat macam ni
Lepas ni kalau nak makan kat hotel pun rasa ragu-ragu juga dengan jaminan kebersihannya!


1. Lap cawan guna sapu tangan sendiri yang dah guna untuk lap muka dan mulut lepas makan





2. Hotel 5 bintang pun ada yang lap guna kain yang ‘bersih’




3. Tuala hotel juga digunakan untuk lap lantai, bilik air, mangkuk tandas dan lain-lain.





4. Bila air masak habis, hidang air paip pun boleh kepada guess





5. Guna kain kotor untuk lap pinggan mangkuk, hanya perlu pastikan ia berkilat





6. Tuala mandi yang customer dah guna dibuat lap lantai dan dinding bilik air serta cawan dan gelas.





7. Guna sarung bantal yang dah digunakan untuk lap gelas, tuala yang customer dah pakai pula buat lap mangkuk dan lantai tandas.


Read more…

21 Jun 2016

Pendedahan Awie Bertunang Dengan Ladyana Secara Rahsia?







Dunia hiburan dikejutkan pula dengan berita pertunangan Awie bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Syarifah Ladyana.

Ini ekoran beberapa keping gambar majlis pertunangan Awie dan Sharifah Ladyana yang diadakan secara tertutup telah tersebar.

Gambar Ladyana diapit oleh kedua anak Awie, Putri Leeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha didalam sebuah majlis pertunangan bagaikan menjawab persoalan yang timbul.

Dikatakan majlis pertunangan secara tertutup itu dikatakan telah diadakan di Hotel Vistana Pulau Pinang, Bukit Jambut pada 3 Jun lalu.

Majlis yang berlangsung itu juga dimaklumkan hanya dihadiri oleh beberapa ahli keluarga terdekat dari kedua­dua belah pihak termasuk ahli anggota kumpulan Wings sahaja.

Ada dakwaan mengatakan bahawa Awie dan Ladyana bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.

Buat masa ini, Awie masih belum memberikan sebarang komen balas mengenai perkara ini

Read more…

13 Jun 2016

KES DIPHTERIA MULA DIKESAN DI MALAYSIA GARA² GOLONGAN ANTI-VAKSIN



Al fatihah buat arwah pesakit saya. Pesakit diphteria kedua saya yang meninggal dunia. Hampir dua tahun lalu, kami gagal menyelamatkan seorang bayi kerana saluran pernafasannya tersumbat akibat diphteria. Tetapi tidak mengapa, arwah mengajar banyak perkara.


1. Ya, saya dapat tunjukkan kepada doktor junior saya bahawa ini adalah diphteria. Satu penyakit yang sudah jarang berlaku di seluruh dunia. Ramai yang tidak mengenali penyakit ini. Saya tidak berbangga, bahkan saya berharap mereka tidak pernah berjumpa dengan penyakit ini.


Ia juga membuatkan saya teringat kembali akan memori hitam di saat saya kehilangan seorang pesakit akibat diphteria. Pesakit itu mati di depan saya dan saya mengambil masa yang agak lama menyalahkan diri sendiri di atas kematiannya itu.

2. Saya dapat tunjukkan kepada masyarakat, terutamanya golongan anti vaksin bahawa saya tidak pernah berbohong kepada anda mengenai pengalaman saya bertemu pesakit berjangkit di Sabah. Juga saya abadikan dalam buku saya 'Mortuari', terbitan Dubook Press di bawah nukilan bertajuk 'Jarum Yahudi'.

3. Pada tahun 1921, terdapat 206,000 kes diphteria di Amerika Syarikat yang membawa kepada 15,520 kematian. Di England dan Wales, 1930, kes diphteria adalah penyebab ketiga kematian kanak-kanak di sana.

4. Berikutan siri vaksinasi dipteria bermula pada tahun 1920 an, kes diphteria mula menurun. Antara 2004-2008, tiada kes diphteria yang direkodkan di Amerika Syarikat.

5. Bagaimana, pada tahun 2007, sebanyak 4,190 kes diphteria direkodkan di seluruh dunia.

6. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kes diphteria sudah mula dikesan di Malaysia, selari dengan peningkatan kempen anti vaksinasi oleh sekumpulan bijak pandai yang berilmukan Professor Google dan perubatan alternatif.

7. Selagi golongan yang mementingkan diri ini tidak dihapuskan, akan muncul lebih banyak lagi penyakit berjangkit yang akan menghantui kita. Bukti sudah ada di depan mata kita.

8. Pertussis, Measles, Diphteria sudah mula menjadi biasa di negara kita kini. Tidak lama lagi, polio, smallpox, ebola akan datang menyapa kita. Bersediakah anda?

9. Al fatihah buat pesakitku. Semoga egnkau damai di sana. Semoga pemergianmu membawa kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan vaksinasi. - Muhamad Na'im Ab Razak | PIXEL MEDIA

Read more…