[x]

7 Jan 2016

Salwa Razak Tak Tahu Kekasih Rupanya Suami Orang



PELAKON dan penyanyi yang popular dengan lagu ‘Ahmad’, Salwa Razak mendedahkan dirinya telah ditipu ‘hidup-hidup’ dengan bekas teman lelakinya yang rupanya berstatus suami orang, sejak enam bulan lalu.


Menurut Salwa, pada awal berkenalan dia pernah bertanyakan status lelaki itu. Namun, menurut lelaki itu dia adalah seorang duda anak dua.

Bagaimanapun, setelah bersama selama enam bulan, Salwa memberitahu dia mula mencurigai sikap kekasihnya yang sesuka hati datang dan pergi.

Hal itu membuatkan Salwa cuba dapatkan nombor telefon isteri lelaki itu sebelum terkejut mengetahui wanita itu dan kekasihnya tidak pernah bercerai apatah lagi pergi ke mana-mana mahkamah syariah.

“Jadi pengakuan ini sudah cukup membuktikan mereka masih sah suami isteri. Saya tak kecewa kehilangan dia tetapi saya terluka kerana ditipu. Sampai hati dia tipu saya,” kata Salwa.

Selain itu, Salwa mendakwa kini bekas teman lelaki itu menuduh dia mencuri wang sebanyak RM1000.

“Ia sangat mengarut sebab memang betul saya pakai duit tu. Itupun dia yang cakap, ‘kalau awak nak pakai duit awak tau nak ambil kat mana.’ Jadi saya gunakan dan dah pun diganti semula.

“Lama dah saya ganti tapi itulah sebab yang dia gunakan untuk kenakan saya atau apa. Tapi bagi saya ia tidak berasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Salwa turut mendedahkan bekas teman lelakinya itu juga merupakan seorang pelakon.

0 comments:

Post a Comment