[x]

7 Apr 2016

Trend Cium Ketiak Kekasih Demi Buktikan Cinta Sejati



PERKARA seperti ini sangat menjijikkan, sama seperti menjatuhkan maruah si perempuan. Akan tetapi ada juga yang melakukkan kerana terlalu sayang, Maybe...Mungkin banyak lagi cara lain yang boleh dipilih selain mencium ketiak sang kekasih seperti memberi hadiah, memberi kata-kata nasihat dan lain-lain. Kononnya sang lelaki menjamin hidup perjalanan manis menuju 'relationship goal'yang membawa ke syurga.

Sedang trending di Indonesia, ramai gadis cetek akal sanggup mencium ketiak teman lelakinya semata-mata ingin membuktikan cinta sejati tanpa sempadan dan tergamak melakukan apa sahaja untuk kekal bersama.


Remaja di republik terbesar rantau Asia tenggara tersebut gigih melakukan adegan tersebut dan mereka dilihat seperti berebut untuk melakukannya demi mencapai‘relationship goal‘ yang diidamkan.

Trend ini adalah kesinambungan daripada kegilaan sebelum ini iaitu bertukar-tukar gaya dan pakaian bersama-sama pasangan masing-masing.



Tidak dinafikan, banyak effort yang mereka lakukan demi beberapa likes di media sosial tanpa memikirkan konsekuensi yang bakal dihadapi beberapa tahun akan datang.

Bayangkan jika mereka putus cinta dan berkahwin dengan orang lain, apa akan terjadi jika gambar-gambar tersebut muncul kembali untuk menghantui mereka? Dan mungkin menjadi tatapan anak mereka?

Satu kajian yang dibuat di University Pensylvania, Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa peluh lelaki mampu menurunkan tekanan dan melancarkan darah haid bagi kaum wanita.

Dalam uji kaji tersebut, bau semula jadi (peluh tanpa deodoran) itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur lingkungan 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu cecair yang disapu itu ialah bau peluh lelaki.

Mereka hanya diberitahu kajian tentang satu aroma wangian akan dijalankan ke atas mereka.




Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diambil.

Hasilnya sungguh mengejutkan apabila bau peluh lelaki mampu menceriakan mood wanita dan selain itu bau ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang stress.

Masa bercinta, bau ketiak pun wangi. Tunggu nanti apabila sudah kahwin, agak-agak berselera lagi tak nak tadah muka dekat situ?

0 comments:

Post a Comment