[x]

28 Oct 2015

Amaran Permulaan Monsun Timur Laut Dan Banjir Dibeberapa Buah Negeri Seluruh Malaysia




Kuala Lumpur: Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) melalui Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan media tentang permulaan monsun timur laut yang dijangka akan bermula pada awal minggu pertama bulan November ini.


Monsun timur laut atau lebih dikenali dengai musim tengkujuh ini dijangka akan berakhir pada Mac 2016 di mana negara akan mengalami empat episod hujan lebat yang menyeluruh selama tiga hingga empat hari.


Episod hujan lebat ini dijangkan akan mengakibatkan banjir di beberapa buah negari di Pantai Timur Semenanjung pada November 2015 hingg Januari 2016 dan banjir di Barat Sarawak pada Januari hingga Februari 2016.


Menurut METmalaysia lagi, dengan bermulanya musim tengkujuh ini, masalah jerebu akan pulih disebabkan oleh tiupan angin Timur Laut yang bertiup secara berterusan merentasi Laut China Selatan akan menghalang jerebu sampai ke negara kita.


Selain itu kehadiran fenomena El Nino berintensi kuat pada ketika ini memungkinkan risiko hujan lebat dan banjir besar ekstrem adalah kurang berbanding dengan musim tengkujuh tahun lepas yang melanda beberapa negeri di Pantai Timur Semenanjung.





Orang ramai yang kawasan kediaman mereka sering terlibat dengan banjir diingatkan bersedia lebih awal dengan menyediakan barang-barang keperluan seperti yang telah disarankan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang pernah kami siarkan sebelum ini. - Siakapkeli.my


0 comments:

Post a Comment