[x]

26 Oct 2015

PELANGGAN KESAL TERMAKAN SIZZLING TALI MOP DI MELAKA



Seorang pelanggan menghubungi kami dan menceritakan pengalamannya ketika makan di Medan Seleras Jusco Ayer Keroh, Melaka. Menurutnya, ketika sedang makan Sizzling di situ, dia terperasan sesuatu yang disangkanya janggut sotong. Apabila diteliti rupanya ianya tali guni atau mungkin juga tali mop. 

Pengadu melahirkan rasa kesalnya apabila peniaga tersebut tidak mahu mengaku dan mengeluarkan bahasa yang agak kasar serta biadap sedangkan apa yang terhidang ketika itu membahayakan keselamatan orang ramai terutamanya kanak-kanak yang menjamu makanan seperti itu.









Hidangan yang bersih seharusnya tidak ada sebarang benda asing yang memualkan mahupun yang tidak boleh dimakan. Berikut perkongsian yang diterima pengirim;


"Kejadian petang td. Tgh sedap2 makan sizzling dekt foodcourt jusco ayer keroh Melaka... terperasan mcm jggut sotong. Diangkat dibelek btl2. Rupenye tali guni mgkin.. ke tali mop. Siap disimpul atas kepala nya.Bile g smula kaunter sizzling. Si pekeje x mgaku dia yg masak. Pdahal dia la yg masak coz dia sorg di situ. Dgn bhse yg agak kasar dan biadab bile ditego dia msh x mgaku dia yg msak. Bayangkan lah kalau anak kite yg kcik tgh makan sizzling then ade tali cm ni. Bole meragut nyawa. Haish.. Diharap pekeje tersebut sila menjaga kebersihan dan jgn la sambil lewa je.. Naik loya plak rase tekak ni bile dipkir semula.. mtk tlg viral kan.. trima kasih.. berhati2 la bile hendak makan.."






0 comments:

Post a Comment