Siapa sangka, setelah hubungan di antara Emma Maembong dan juga Kamal Adli semakin mendapat perhatian, kini rezeki yang menggandingkan mereka bersama juga banyak mendatang.
Antara yang menarik perhatian baru-baru ini adalah mengenai klip pendek video yang menunjukkan Kamal ditampar oleh Emma sedangkan perkara tersebut hanyalah sekadar gimik untuk minuman kola – seperti yang dijangka. Bagaimanapun, mereka dikecam teruk kerana perkara tersebut.
“Kadang-kadang jalan terbaik ialah untuk berdiam diri kerana apabila bersuara dan sudah diberikan penjelasan pun (ada juga) yang tetap akan fikir negatif. Sebelum ini saya terang-terangan memuat naik gambar berlakon dalam drama Jodoh Sebelah Pintu arahan Michael Ang dengan keterangan gambar ia babak penggambaran pun ada yang cuba memanipulasinya”
“Ada yang siap kata kami kantoi berdatinglah. Malah gambar kami mengenakan baju kahwin dalam babak drama itu turut diviralkan kononnya kami berkahwin dalam diam. Kalau berlakon dengan hero lain sekalipun saya pasti akan muat naik gambar penggambaran kerana mahu mempromosikannya”
“Kadang-kadang terdetik dalam hati apa salah kami, sedangkan kami tahu kami tak pernah buat perkara tak elok,” jelas Emma kepada BH Online selain menyatakan mereka juga akan merasmikan sebuah kafe di Brunei tidak lama lagi. Apa pun, semoga pasangan ini akan kekal bahagia jika dijodohkan bersama.
0 comments:
Post a Comment