[x]

5 Mar 2016

Che Ta Dikecam Pakai Purdah Ala Seluar Dalam Jarang (French Lace)




TERNYATA dunia artis banyak mehnah dan ragamnya. Terdahulu viral menerusi laman sosial ratu kontroversi tanah air menjelir lidah ketika umrah di Tanah Suci.
Kini tiba giliran aktres jelita, Che Ta pula dikecam netizen hanya kerana memakai purdah seakan-akan bentuk corak seluar dalam wanita atau spender ‘French lace’.


Che Ta bersama Aaisyah Dhia Rana
Fenomena ini tercetus apabila Rozita Che Wan atau Che Ta memuat naik beberapa keping gambar beliau dan keluarga akan berangkat menunaikan umrah di laman Instagramnya.
Gambar yang menunjukkan Che Ta anggun mengenakan abaya hitam dan ber’purdah’ itu mendapat komen negatif dari sesetengah rakyat Malaysia yang berkemungkinan juga merupakan ‘haters’ beliau.



Walaupun hangat memperkatakan tentang pemakaian Che Ta, ternyata aura anak perempuan Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana tidak kurang hebatnya.
Si cilik ini masih lagi mencuri tumpuan dan mendapat pujian daripada ‘fans’ beliau. Ternyata kelihatan cantik dan comel berturban.



Aaisyah Dhia Rana

Namun, ada juga dalam kalangan peminat Che Ta yang turut mendoakan agar keberangkatan beliau ke Tanah Suci dipermudahkan segala urusan.
Walau apapun, kami percaya keberangkatan Che Ta dan keluarga ke Tanah Suci diiringi dengan niat yang suci dan betul.
Semoga Che Ta dan keluarga mendapat keberkatan dalam ibadahnya.- MYNEWSHUB.CC

0 comments:

Post a Comment