[x]

11 Mar 2016

“Pandanglah Dengan Mata Hati!” – Wanita Ini Tegur Lelaki Yang Curang Sebab Isteri Gemuk


AKU TAK SUKA WIFE GEMUK





Assalamualaikum. Aku just nak bagi pendapat aku je. Maaf jika ada yang terasa. Akhir2 ni banyak aku baca lelaki yang curang bila wife dah gemuk. Malu jalan dgn wife bila wife dah gemuk. Malukan & hina wife bila wife dah gemuk. Hmm. Ada satu kesah ni, ada sorang membe aku ni pernah ckp kat aku, "aku rasa dia ada potensi gemuk lepas kawin la". Bende ni dia tuju dekat makwa dia. Dia terpikat kat perempuan ni pun sbb perempuan ni lawa plus putih gitu.

 Masalahnya sekarang, engkau pun belum kawin perut dah buncit, muka dah koyak, lepas tu bising makwe ko akan gemuk lepas kawin. Nak je aku tampar. Engkau kalau nak wife kau maintain je, kau support lah dia. Bwk pi tempat pelansingan badan ke, ape ke. Kalau kau xde duit, kau je yg mengandung. Senang. Perut pun dah nampak ciri2. Mengandung pun org xperasan. Haaa. Berangin pulak aku kan.

Kedua, untuk lelaki2 yg curang sebab wife korang gemuk ni, apehalnya? Sikit pun ko tak nampak ke pengorbanan wife kau? Dia lahirkan anak kau kot, pikir lah sikit. Guna akal yg waras untuk berfikir. Stop lah pandang fizikal semata2. Istri ni harta yg tak ternilai tau. Pandang lah dgn mata hati. Ikut merasai kesakitan dia, pengorbanan dia.

 Wife kau pilih kau sbb kau dah cukup sempurna kat mata depa. Tapi kau cuma pandang depa dari segi fizikal semata2. Kalau diorang mampu tutup mata untuk segala kekurangan kau why not kau accept semua yg ada pada dia.


Aku tengok mak2 dulu, tak semua, kebanyakannya berisi & kata lainnya gemuk. Tapi husband depa terima depa seadanya. Suruh duduk rumah. Bagi cukup makan, pakai, rumah semua sempurna. Tapi bila aku tgk sekarang, sgt berbeza, bukan nak pukul sama rata, tapi kebanyakkannya. Dah lah wife kerja, anak pun wife jaga, rumah pakaian semua wife yg siapkan, ank pun wife yg hantar sekolah, kau tak cukup duit kau mintak kat wife kau. Tiba2 sampai part gemuk, kau curang dgn dia, kau malu nak jln dgn dia, kau hina2 dia.

 Memalukan betul. Seriously, tak layak lgsg di panggil suami. Dah lah byk menyusahkan wife, lepas tu tak menghargaii. Bila nak kawin lain, pandai ckp ikut sunnah bagai. Tapi yg wajib kau tak buat, yg sunnah sepatutnya kau amalkan dlm keluarga, kau tak buat. Oh pls lah. Take time, tgk muka wife kau. Tgk dlm2. Kau rasa ada ke perempuan lain yg nak berkorban utk kau? Kalau setakat gemuk jadi alasan kau, baik kau pergi kat cermin & tgk muka kau betul2. Tgk dari atas sampai bawah. & tanya diri kau, sempurna ke kau? Jangan ikutkan nafsu, takut merana diri.


Haishhh. Sebenarnya, aku tertanya2 masa kenal & mengajak wife kau kawin dulu, apa yang kau pandang dekat wife kau? Apa yang buat kau tertarik dgn dia? Fizikal semata2? Sebab cantik & menarik di mata manusia lain & kau berkobar2 nak dptkan wife kau? Then tell the world yg kau mampu utk dptkan dia? Ataupun untuk merasa bangga & menunjuk2 kau dpt wife cantik?? Apa niat kau pada awalnya? Tanya diri kau! Tak salah pilih wife cantik.

 Cuma jgn hukum dia bila dia dah gemuk. Tu je aku mintak. Bahagiakan & hargailah permata yg ada di depan mata, supaya tak tercalar permatamu dek kerana kaca yang kamu idam-idamkan. Maaf salah silap. TQ.




- cik kiah

0 comments:

Post a Comment