[x]

29 Mar 2016

Punca dan Wajah Sebenar Pengantin Wanita Yang Bergaduh Di Masjid Jamek Al-Khadijiah



KINI kecoh di laman sosial apabila berlakunya satu pergaduhan semasa akad nikah dijalankan kerana si pengantin lelaki tidak membawa wang hantaran tidak mencukupi. Pergaduhan yang berlaku di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Seperti yang anda semua sedia maklum, pengantin lelaki didakwa ditumbuk lantaran duit hantaran RM15,000 tidak cukup seperti yang telah dijanjikan.

Pergaduhan turut tercetus antara keluarga kedua belah pihak sehingga mencetuskan kekecohan yang dahsyat.

"Patutlah minta hantaran mahal, rupanya cantik macam bidadari." Kata seorang netizen. Terdapat juga komen yang mengatakan rupa sebegini tidak patut minta hantaran mahal-mahal.




Ada juga netizen yang tegas mengatakan nilai hantaran bukan terletak pada rupa paras dan ada juga yang terus menghina dan mencerca.

Apa-apapun, kita doakan agar kedua belah pihak mendapat jalan penyelesaian yang terbaik dan menyelesaikan konflik antara mereka secara aman.

Sebelum ini, wakil dari pihak perempuan juga telah tampil memperjelas kisah sebenar mengenai kejadian yang dianggap sangat memalukan itu.

P/S : Bawa-bawa bersabar, pasti akan ada jalan penyelesaiannya.

0 comments:

Post a Comment