[x]

26 Feb 2016

Maut rempuh trak ketika 'syok' lakukan ZINA dalam kereta sedang bergerak



SEORANG lelaki maut, manakala teman wanitanya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dipercayai akibat ‘syok’ melakukan seks dalam kereta yang sedang bergerak sebelum melanggar sebuah trak dalam kejadian di lebuhraya Pilibhit-Puranpur, India.

Dalam kejadian pada 24 Februari lalu, mangsa,31, yang dalam perjalanan untuk menghantar teman wanitanya di sebuah kampung di wilayah itu maut ditempat kejadian akibat mengalami kecederaan serius, sementara teman wanitanya hanya patah kaki.

Menurut pihak polis, kejadian berlaku ketika mangsa dan pasangannya dikatakan tidak dapat menahan nafsu bertindak melakukan seks dalam kereta yang sedang bergerak, sebelum kereta yang dipandu mangsa merempuh sebuah trak yang datang dari arah bertentangan.

“Kemungkinan pasangan itu sedang mengadakan hubungan seks semasa kereta bergerak dan mangsa, samada tidak melihat lori yang datang dari arah bertentangan atau mungkin tidak boleh memandu.

“Mangsa maut akibat kecederaan serius,” kata pegawai polis, Gajraula Rajesh kepada Times of India.

Katanya ketika pihak polis tiba ditempat kejadian, pasangan tersebut ditemui dalam keadaan separuh bogel dari bahagian pinggang ke bawah.

Susulan itu, wanita terbabit yang berusia 24 tahun dibawa ke hospital berhampiran dan difahamkan kini semakin pulih.

Read more…

22 Feb 2016

2 Bulan Tak Sekolah Kerana Jaga Ibu, Netizen Sebak Bila Tahu Adik Ini Sebenarnya Cuma…

Tersentuh hati kami apabila membaca kisah ini. Kisah seorang anak yang sudah 2 bulan tidak bersekolah bagi menguruskan ibunya yang sakit di hospital.

Lebih menyedihkan budak berusia 13 tahun itu sebenarnya anak yatim piatu yang dijaga oleh ibunya (ibu angkat) sejak bayi lagi.

Anak angkat sejak bayi




Budak 13 tahun sudah 2 bulan tidak bersekolah kerana menguruskan ibunya.

Kami (aktivis Parti Sosialis Malaysia dan NGO Royalti) menerima laporan dari pesakit Hospital Tanah Merah, berkenaan satu kanak-kanak 13 tahun yang sudah 2 bulan tidak bersekolah kerana menjaga ibunya yang sakit (jiran katil pesakit yang melaporkan).

Ziarah kami mendapati seorang ibu 48 tahun yang uzur kerana sakit kencing manis. Setia di sisinya, ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun. Bersekolah di Sekolah Tahfiz Serendah, Pasir Mas. Anak ini adalah anak yatim piatu yang dibela oleh ibunya sekarang (anak angkat sejak bayi). Ayah angkatnya sudah meninggal dunia. Si ibu uzur tidak mempunyai anak lain (anak angkat adalah satu2nya anak yang ada). Sumber pendapatan mereka kini hanya tinggal adik-beradik si ibu uzur.
Mandikan & urus ibunya




Budak yang sudah menghafal 5 juzuk Quran ini memandikan dan menguruskan tandas si ibu setiap hari, dengan bantuan kakitangan hospital. 2 bulan berada dalam situasi begini, menyebabkan beberapa subjek pelajaran lain tergendala. Parti Sosialis Malaysia (Kelantan) merayu pihak2 yang berkemampuan untuk membantu keluarga ini.

03054020349067 Bank Islam Puan Rohani Binti Mahmood.

Atau menziarahi mereka di Hospital Tanah Merah, Wad 4 (perempuan), Tingkat 2, Katil 28.

Terima kasih. Semoga Allah mengasihi kita semua. Muslim dan non muslim. Amin.

Kisah adik ini mendapat banyak respon dari netizen yang rata-rata memuji sikapnya itu. Moga ibunya cepat sembuh dan dia dapat kembali bersekolah semula.






Read more…

18 Feb 2016

Jelir Lidah Di Tanah Suci, Sharifah Sakinah Dikecam Peminat



Gara-gara berkongsi gambar menjelirkan lidah ketika berada di Tanah Suci bersama suami melalui Instagram, pelakon Sharifah Sakinah telah dikecam sesetengah peminat dan pengikutnya di laman sosial tersebut.

Seperti biasa, ruang komen menjadi medan untuk mengira dosa dan pahala Sakinah selain masing-masing menyuarakan pendapat berkaitan tingkah laku Sakinah yang dianggap kurang sopan dilakukan ketika berada di sana. Malah ada juga yang sempat bercerita pengalaman mereka ketika di sana. Okay.




Apa pun, segala niat hanya empunya badan saja yang tahu. Doakan yang baik-baik saja sudahlah. Kami kongsikan buat anda beberapa lagi keping gambar pasangan suami isteri ini menunaikan umrah di sana.

Read more…

15 Feb 2016

Teknik & Cara Ketika Melalui 'Roadblock' Orang Malaysia Wajib Tahu!

Ramai yang cuak dan menggelabah kalau nampak ‘roadblock’ secara mengejut depan mata betul tak?

Kalau anda tak buat salah, buat apa nak takut? Jangan risau, pihak polis tak akan saman atau tahan kita kalau tiada kesalahan kita lakukan. Tapi, disini ada tips sikit nak kongsi kepada anda semua supaya bersedia sentiasa ketika berhadapan dengan ‘roadblock ini’.



Kalau dah nampak roadblock, jangan segan silu, nak taknak kena lah lalu jugak, kalau lari kan dah malang kalau kena kejar, kereta polis laju, jangan main-main.

Sebelum melalui roadblock korang dah kena sediakan semua dokumen penting seperti IC dan juga lesen memandu

Kalau waktu malam, buka lampu dalam siap-siap

Turunkan tingkap

Senyum dan bagi lah salam terus bagi umat islam tu, ucap selamat malam bagi yang bukan islam.

Terus tunjukkan dokumen-dokumen tadi walaupun tak minta

Dah selesai dan disuruh jalan, ucaplah terima kasih dalam keadaan masih tersenyum.

Bukankah elok macam tu, kesimpulannya “Senyum, tak perlu kata apa-apa”.

Jadilah pengguna jalan raya yang bijak, patuhilah undang-undang demi keselamatan kita juga. Buat apa nak susah-susah keluarkan duit semata-mata untuk bayar saman sedangkan kita boleh elak semua tu. ya tak? renung-renungkan lah.

Read more…

Patutlah Zahid Beriya, Adik Dia Boleh Untung Ratusan Juta?...Sebarkan



Sebuah syarikat yang dimiliki oleh adik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang berbincang dengan Dhaka dan Putrajaya untuk menyediakan satu sistem pengurusan bagi 1.5 juta pekerja Bangladesh, yang Malaysia berhasrat membawa masuk bekerja di negara ini.

Real Time Networking Sdn Bhd, di mana adik Zahid - Abdul Hakim Hamidi - adalah pengerusi eksekutifnya, mencadangkan penyediaan satu sistem dalam talian di mana, dengan bayaran, pekerja boleh didaftar dan dipantau dari Bangladesh dan Malaysia.

Zahid juga adalah menteri dalam negeri, dan kelulusan bagi pekerja asing ke Malaysia adalah di bawah bidang kuasa kementeriannya.
Sistem dalam talian Real Time - yang dikenali sebagai Workforce Management & Networking System (Workman) - adalah sama seperti yang disediakan oleh Bestinet, firma yang dimiliki oleh bekas menteri dalam negeri, Datuk Azmi Khalid.
Perjanjian Bestinet dengan kerajaan digantung pada awal tahun ini selepas bantahan agensi pekerjaan di negara penghantar, terhadap bayaran perkhidmatan yang tinggi.
Ketika dihubungi, Hakim mengesahkan perkara itu tetapi menekankan bahawa ia bukan satu kontrak kerajaan.
Sebaliknya, kata beliau, ia adalah dengan kerjasama Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Antarabangsa Bangladesh (Baira).

"Kami mempunyai model sistem di mana kita akan mendapat bayaran untuk satu pakej (perkhidmatan) dan kita boleh menghantar orang (dari Bangladesh) untuk 60,000 taka Bangladesh (RM3,000), termasuk tiket penerbangan.

"Ini bukan kontrak kerajaan. Ya, kerajaan mereka perlu meluluskannya kerana ia melibatkan rakyat tetapi mereka hanya memantau," kata Hakim.
Jika diluluskan, agensi-agensi seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Tenaga Manusia akan dihubungkan dengan sistem Real Time dan semua agen pekerjaan mesti melalui Real Time untuk menghantar pekerja ke Malaysia.
Beliau juga menafikan dakwaan berlaku nepotisme, dengan alasan bahawa beliau berpengalaman dalam bidang tersebut.
"Abang saya seorang menteri tetapi saya seorang ahli perniagaan. Ini sebuah negara demokratik dan saya boleh buat apa-apa pun, selain daripada menjadi pengedar dadah," katanya.
"Di Malaysia ni susah sangat. Mereka kata jika abang saya seorang menteri, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Mereka mahu kami semua jadi penganggur," kata beliau yang kini berada di Dhaka.

-Malaysiakini.



Read more…