[x]

31 Dec 2015

Harga Terkini Minyak RON95, RON97 Dan Diesel Bermula 12 Malam Ini





Seperti sedia maklum , harga ketiga-tiga bakan bakar iaitu petrol RON95 RON97 dan Diesel akan dikemaskini harganya pada 8 malam Khamis 31 Disember 2015.

Memetik laporan laman Melvister, berikutan harga mintah mentah yang jatuh, nampaknya sedikit berita gembira buat rakyat Malaysia apabila harga jualan ketiga-tiga bahan bakar tersebut telah TURUN.

Menerusi pengumuman rasmi, RON95 turun 10 sen kepada RM1.85 seliter: RON97 pula turun 20 sen menjadi RM2.25 manakala diesel pula turun 30 sen menjadi RM1.60 sen/liter.

HARGA BARU:

1 Januari 2016

RON95: RM1.85 sen/ liter
RON97: RM2.25 sen/ liter
Diesel: RM1.60 sen/ liter

HARGA TERDAHULU

Disember 2015

RON95: RM 1.95 sen seliter
RON97: RM 2.45 sen seliter termasuk GST
Diesel: RM1.90 sen Seliter

Read more…

30 Dec 2015

Doktor Cantum Sementara Tangan Kiri di Kaki



Satu pembedahan yang mengagumkan apabila sekumpulan doktor telah berjaya mencantumkan tangan kiri seorang lelaki di kaki kanan. Selama sebulan tangan kiri tersebut berada di kaki sebelum disambungkan kembali ke tempat asalnya.

Pemuda yang dikenali sebagai Zhou telah terputus tangan selepas terkena mesin di tempat bekerja. Doktor pembedahan mencantumkan tangan di kaki bagi membolehkan darah terus mengalir supaya saraf dan tendon yang cedera akan pulih seperti sediakala.




Pembedahan mikro dijalankan di Hospital Xiangya di bandar Changsa di mana pihak hospital pernah menjalankan pembedahan tersebut sebelum ini pada tahun 2013.

Tangan tidak dapat dicantumkan dengan segera kerana sendi tangan dan lengan cedera teruk akibat kemalangan itu dan para doktor mengambil keputusan supaya tangan tersebut pulih terlebih dahulu.

Zhou dapat menggerakkan jarinya selepas pembedahan tersebut tetapi ianya memerlukan masa yang cukup panjang bagi memulihkan kembali fungsi tangannya

Read more…

"NAK ROMPAK, ROMPAKLAH, ROGOL SEKALI ANAK BINI AKU"



Jika pada tahun 2010 lalu masyarakat digemparkan dengan kes Kalaichelvi, dimana beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun kerana membunuh tanpa niat apabila telah memukul seorang lelaki yang cuba merogolnya sehingga mati.

Kes berkenaan ternyata mengundang simpati banyak pihak kerana ada antara mereka menganggap hukuman itu adalah tidak wajar kerana dia cuba mempertahankan dirinya.

Terbaru, satu kes yang menjadi bualan netizen yang membuatkan mereka tertanya-tanya adakah peristiwa lama berulang kembali?


Dua minggu lalu berlaku di Terengganu, seorang lelaki bernama Zulkifli yang tinggal di sebuah kampung bernama Labuhan di daerah Kerteh dilaporkan telah menikam mati seorang perompak yang merompak rumahnya sendiri untuk mempertahankan diri dan melindungi keluarganya.

Tahukah anda, Zulkifli telah ditahan reman selama 14 hari dan disiasat bawah siasatan seksyen 302 Kanun Keseksaan, kemudian ditukar pada 304 membunuh tanpa niat beliau dan dibenar ikat jamin sebanyak RM15,000.

Pada 27 November lalu, berita yang kami petik dari Facebook Selamatkan Zulkifli memberitahu bahawa mahkamah telah memutuskan Encik Zulkifli ditahan semula dengan dua pertuduhan bagi kes tersebut.

Berdasarkan makluman di page berkenaan, Ahad lalu keluarga nyata terkejut apabila kes Zulkifli telah kembali disebut di bawah 302 dan juga 326 di mana dibawah 302 membolehkan pesalah ditahan semula tanpa ikat jamin sedangkan RM15.000 telah dibayar sebelum ini sebagai ikat jamin selepas kes bertukar ke 304.

Dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati, manakala tuduhan kedua pula di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan. Encik Zulkifli juga tidak dibenarkan untuk diikat jamin.



Memetik laporan The Malaysian Insider, Zulkifli berumur 50 tahun dimana beliau mempunyai 3 anak dan anak keduanya pula yang berumur 8 tahun menghidap autisme sedang melalui proses rawatan.

Sehingga kini pertuturannya tidak jelas dan keluarga ini tidak mampu mendapatkan rawatan berkala buat anak ini kerana hospital yang menyediakan rawatan fisioterapi autisme terletak 120 kilometer dari rumah mereka.

Beliau juga dilaporkan adalah seorang yang tidak berada dimana rumah mereka amat kecil dan hanya memerlukan tidak sampai 10 langkah sudah sampai ke pintu belakang.

Namun ia tidak menghalang keluarga ini untuk hidup bahagia dengan mengamalkan kehidupan bergama.

Namun kini penghalang untuk kehidupan keluarga bahagia ini ialah ketua keluarga mereka, Zulkifli ditahan dalam lokap berpanjangan dan dianggap penjenayah.

Menurut isteri Zulkifli, Puan Zaimah, beliau kini tidak mampu untuk berniaga sarapan pagi seperti kebiasaan kerana terganggu dengan kes ini yang menyebabkan ekonomi keluarga terjejas selain ada segelintir mulut jahat yang menghina suaminya sebagai pembunuh membuatkan beliau lebih selesa berkurung bersama 3 anaknya dalam rumah sempit itu.



Cerita Zulkifli mengenai waktu kejadian kepada wakil Parti Sosialis Malaysia yang kami petik dari The Malaysian Insider, rupanya rumah Zulkifli dan masyarakat sekitar kerap dimasuki pencuri dan perompak dari kalangan penagih dadah. Malah ketika reman berlangsung beberapa kabel eletrik rumah ini dicuri pencuri lain.

Disebabkan itu mereka sangat berwaspada andai kelihatan orang mencurigakan mendekati kawasan rumah mereka. Ketika hari kejadian Zaimah melihat ada dua orang lelaki menaiki sebuah motorsikal dalam keadaan mencurigakan melalui jalan menuju ke rumah mereka. Ketika itu Zaimah dan Zulkifli berada di warung kecil sarapan pagi mereka sekitar 300 meter dari rumah mereka.

Zulkifli mengikuti dengan berhati-hati dan ternyata motorsikal itu berhenti di rumahnya. Pembonceng motosikal turun dan mula mengumpil generator sebelah dinding rumahnya manakala seorang lagi berjaga-jaga di atas motorsikal.

Ketika mereka melihat Zulkifli sampai lelaki pertama yang berada di atas motorsikal meluru pada Zulkifli dengan membawa satu objek dipercayai besi untuk memukul Zulkifli, beliau tanpa berlengah terus mengeluarkan parang kecil yang digunakan untuk memotong ayam di warung setiap hari dan berjaya menikam lelaki pertama. Lelaki kedua pula berlari ke arahnya dan sekali lagi Zulkifli berjaya menikam di bawah bahu lelaki tersebut.

Lelaki pertama kemudiannya cuba melarikan diri dengan motorsikal. Lelaki kedua juga berlari menyeberang jalan dengan harapan sempat menaiki motorsikal tersebut namun apabila sampai pada pembahagi jalan lelaki kedua rebah dan mati di tempat kejadian. Zulkifli kemudian terus serahkan diri ke Balai Polis Kerteh. Lelaki pertama ditahan pihak polis ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Hanya satu tikaman, di kawasan perkarangan rumah, yang tikaman itu sendiri tidak disangka akan mengakibatkan kematian demi mempertahankan diri dan harta maka Zulkifli pula bakal dilihat sebagai penjenayah berdasarkan tafsiran undang-undang kini?

Bagaimanakah nasib keluarga ini jika Zulkifli dihukum mati atau dipenjara?

Malah menurut Zulkifli beliau hanya akan mewakili dirinya sendiri kerana tidak mampu untuk mengupah peguam.

"Tiada apa perlu diselindungkan, saya akan cerita sebiji-sebiji apa yang berlaku, Allah saksi saya dan saya teringin nak tanya pihak pendakwaraya atas alasan apa ingin dikemukakan beliau di mahkamah Allah nanti kerana mendakwa saya atas hak saya sendiri?" katanya.


Read more…

29 Dec 2015

PENJELASAN TNB ISU TIPS CABUT PLUG SOKET JIMAT ELEKTRIK

Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) isu tips jimat elektrik dengan cabut soket atau plug. Menerusi laman sosial, kini viral mengenai tips penjimatan elektrik yang mudah dengan hanya mencabut plug perkakasan elektrik pada soket apabila ianya tidak digunakan.



Berdasarkan kenyataan rasmi daripada Tenaga Nasional Berhad, memang benar pembaziran elektrik akan berlaku sekiranya suis tidak ditutup serta plug tidak dicabut dari soket.

Tambah kenyataan TNB lagi, pengguna adalah dinasihatkan untuk mencabut plug daripada soket apabila tidak digunakan dan perlu matikan suiz.

Ikuti kisah benar orang ramai yang menggunakan tips penjimatan elektrik daripada TNB. Ternyata ianya bukanlah mitos tapi terbukti berkesan untuk menjimatkan bil elektrik bulanan anda.
Kenyataan Rasmi TNB Isu Tips Jimat Elektrik Hanya Cabut Plug


Testimoni Pengguna Guna Tips Cabut Plug Jimat Elektik
Pengguna 1: Razif Rubaai


Pengguna 2: Liyana Syazwani




Read more…

23 Dec 2015

Guru silat terlampau larikan gadis cantik


SEORANG remaja perempuan bernama Suri Arifah Binti Mohd. Rizal dari Hulu Langat, Selangor dilaporkan hilang pada 13 Disember lalu. Dia disyaki telah dilarikan oleh bekas guru silatnya.


Suri Arifah Binti Mohd Rizal (depan) dilaporkan hilang pada 13 Disember lalu.

Berita mengenai kehilangannya yang disebarkan di Facebook.
Berikutan kejadian ini, bapa kepada Suri Arifah telah membuat satu laporan polis berhubung dengan misteri kehilangan anaknya itu.
Menerusi laporan tersebut, bapanya ada menyatakan yang anak gadisnya itu ada meninggalkan nota yang dijumpai di dalam bilik tidurnya.
Anaknya itu ‘berpesan’ agar tidak mencarinya dan jangan membuat laporan kepada pihak polis berhubung kehilangannya ini, dia sekadar keluar untuk mencari ketenangan.

Laporan polis yang dibuat oleh bapanya, Mohd Rizal Johari.
Selain nota tersebut, Mohd. Riza juga melaporkan ada menerima satu mesej pesanan ringkas (SMS) dari nombor yang tidak dikenali.
Mesej ringkas “cepat keluar” itu disyaki dihantar kepada anaknya oleh suspek. Mesej diterima pada jam 1.51 pagi tarikh yang sama anaknya hilang.

Gambar suspek (bawah) dipercayai melarikan Suri.
Usaha menjejaki kini sedang dijalankan pihak polis dan orang ramai yang ada terserempak atau terjumpa dengan Suri Arifah diminta untuk menghubungi bapanya di nombor 010-7860844. – Sumber: MYNEWSHUBCC

Read more…

10 Pemain Bola Sepak Dengan Gaji Paling Tinggi Di Malaysia

Kini, pemain bolasepak tempatan yang beraksi dalam liga tempatan juga mampu bergelar jutawan. Siapakah pemain bolasepak Malaysia yang menerima gaji tertinggi dalam Liga Malaysia 2015? Di sini, disenaraikan 10 pemain bola sepak tempatan yang menerima gaji paling lumayan.

1. Safee Sali- RM120,000– Johor Darul Takzim


Pada tahun 2012, penyerang berusia 31 tahun ini telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) yang dikatakan menerima gaji sebanyak RM120,000 sebulan.

2. Khairul Fahmi Che Mat (Apek) – RM100,000 – Kelantan




Apek bukan sahaja menerima gaji yang lumayan bersama Kelantan malah beliau turut menerima pelbagai pendapatan lain lagi di luar padang.

3. Amri Yahyah – RM85,000 – Johor Darul Takzim




Amri, 34, telah ditawarkan kontrak lumayan oleh Johor Darul Takzim (JDT) bernilai RM1 juta selama setahun iaitu sekitar RM85,000 sebulan.

4. Norshahrul Idlan Talaha – RM80,000 – (Terengganu)




5. Indra Putra Mahyuddin – RM75,000 – Felda United




Indra kini bermain untuk Felda United FC yang mana dia dikatakan menerima gaji sebanyak RM75,000 sebulan.

6. Baddrol Bakhtiar – RM65,000 – Kedah




Bermula dengan mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden, Baddrol Bakhtiar kemudian telah diserapkan kepada pasukan senior Kedah dan kebangsaan sebagai pengatur serangan (playmaker).


7. Safiq Rahim – RM50,000 – Johor Darul Takzim




Pemain yang mempunyai skill terhebat dalam mengambil sepakan percuma.

8. Badhri Radzi (Piya) – RM50,000 – Kelantan




Mempunyai skil sepakan sudut dan percuma yang menarik, Piya adalah lawan kepada Safiq Rahim.


9. Aidil Zafuan – RM50,000 – Johor Darul Takzim




Aidil merupakan antara tonggak pertahanan yang terbaik di Malaysia.

10. Norfarhan – RM40,000 – Kelantan




Cukup lincah dan mempunyai penyudah yang baik. Norfarhan dikatakan menerima sekitar RM40,000 sebulan di Kelantan.

Read more…

'PINJAM PTPTN RM26K, SELEPAS 7 TAHUN BAKI RM25,840'

Lagi kes melibatkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Pinjam RM26,000, bayar RM100 setiap bulan tak pernah miss selama lebih 7 tahun. Baki akhir pinjaman terkini RM25,840. Maknanya aku baru bayar RM140 selama ini.

"PTPTN, inilah pinjaman riba dan zalim yang depa-depa yang terlibat kena jawab di akhirat," kata peminjam yang hanya dikenali sebagai Yunus itu.
Gambar yang dimuat naik ke laman Facebooknya itu mengundang perhatian rakannya dan mempersoalkan mengapa tidak ditukarkan kepada ujrah.

"Nak tukar kepada ujrah, saya kena bayar RM7,000 sekali gus, baru dapat tukar ke ujrah. Ujrah mula diperkenalkan dalam tahun 2009. Jadi sesiapa yang grad sekitar tahun itu memang percuma tukar ke ujrah. Siapa-siapa yang ada tunggakan bayaran perlu langsaikan tunggakan bayaran, baru dapat tukar ke ujrah," jelasnya.


Read more…

22 Dec 2015

Sedih Saya Tengok Fasha Dalam Train Semalam. Berkendong Kendong Bawak Anak – Sara








Read more…

Kisah Sebenar Disebalik Kebakaran Dekat LRT : Perasaan Cemburu Punca Kejadian




PETALING JAYA, 21 Dis: Seorang lelaki nekad mencurahkan petrol ke kereta seorang wanita sebelum menyalakan api untuk membakar kereta tersebut.

Difahamkan, kereta tersebut dinaiki oleh wanita itu dan juga seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki wanita berkenaan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1.30 petang itu, suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Ego menghampiri kedua-dua mangsa yang berada di dalam kereta jenis Proton Wira itu sebelum mebaling petrol dan menyalakan api.

Laporan Bernama menyebut suspek dan wanita itu kini dalam proses penceraian.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din, api yang merebak telah menyebabkan enam buah kereta termasuk kereta mangsa terbakar dalam kejadian.

The Star melaporkan, lelaki terbabit muncul di tapak tempat kereta berdekatan dengan LRT Taman Jaya, tempat dimana teman lelaki wanita itu bekerja, sekitar jam 1.30 petang pada Isnin hanya untuk melihat lelaki itu memasuki kereta wanita tersebut.

"Teman lelaki wanita itu sedar yang lelaki tersebut (suspek) mahu melontar botol tersebut ke dalam kereta teman wanitanya itu yang berada dalam keadaan pintu terbuka kerana dia sedang mencuci keretanya"

"Nasib baik, wanita itu berjaya melompat keluar sebelum api menelan kereta terbabit", katanya sebagaimana memetik laporan The Star.

Suspek terbabit meloloskan diri dari tempat kejadian, meninggalkan selipar dan helmetnya.

"Api merebak dengan cepat dan marak ke lima kereta berdekan sehinggakan beberapa orang di sekeliling tidak mampu memadamkannya", kata beliau sambil menambah tiga letupan kuat turut kedengaran.



Portal TheRakyatPost pula melaporkan bahawa ACP Mohd Zani berkata kerugian akibat kejadian dianggarkan RM300,000.



“Susulan kejadian itu, dianggarkan kerugian kira-kira RM300,000.

“Suspek yang tinggal di Pantai Dalam itu berusia 30an sudah dikenal pasti dan usaha mengesannya diteruskan,” katanya sebagaimana memetik laporan TheRakyatPost.

Teman lelaki wanita itu yang berusia 20 tahun cedera di bahagian tangan akibat terkena pintu keret ketika menyelamatkan diri.

Selain itu, Mohd Zani juga turut menegaskan kepada pengguna laman sosial supaya tidak menyebarkan berita palsu yang boleh mencetus kembimbangan awam.

Read more…

Punca Sebenar Pemuda Tunjuk Isyarat Lucah Pada Sultan Johor



JOHOR BAHRU - Padah tunjuk isyarat lucah pada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan di Lebuhraya Utara Selatan di Yong Peng, pagi semalam.

Ketika kejadian jam 11.20 pagi itu, Sultan Ibrahim yang menaiki kereta Porsche Cayenne S diiringi oleh beberapa pegawai polis yang dalam perjalanan pulang dari Muar ke Johor Bahru.
Di Kilometer 95 arah selatan, seorang lelaki yang memandu Perodua Viva berwarna putih, Md Aris bin Husin, berasal dari Serendah, Selangor, telah menunjukkan isyarat lucah serta penumbuk dengan tangan kanan.

Sultan Ibrahim serta merta memberhentikan kenderaannya dan mengarahkan anggota polis yang mengiringinya menahan lelaki terbabit.

Md Aris yang dalam perjalanan dari Puncak Alam, Selangor menuju ke rumah ibu bapanya di Parit Raja, Johor, mengakui sengaja melakukan perbuatan biadab dan kurang ajar itu. Namun tidak menyangka bahawa orang di dalam kereta tersebut adalah Sultan Ibrahim.

Ekoran itu, Md Aris ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 kanun yang sama

Read more…

Rawatan dan Pencegahan Penyakit Gout

Keutamaan utama bagi pesakit gout adalah untuk melegakan kesakitan dan menghentikan krisis yang teruk. NSAID (nonsteroidal ubat anti-radang) seperti indomethacin, diclofenac, ketoprofen, dan naproxen adalah bentuk utama rawatan.



Ubat ini membantu untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan. Satu lagi ubat yang dipanggil colchicine boleh melegakan sakit sendi selepas hanya 12 jam, dan juga menghentikan krisis dalam 36-48 jam.

Walaubagaimanapun ia menyebabkan kesan sampingan, seperti cirit-birit dan muntah-muntah, yang menghadkan penggunaannya dalam sesetengah pesakit.

Kortikosteroid, yang boleh disuntik terus ke dalam sendi atau diambil secara lisan, boleh mengurangkan keradangan.

Dalam kes gout berulang atau kronik, rawatan harian menggunakan colchicine boleh mencegah serangan masa depan, tetapi ia tidak boleh menghalang kerosakan sendi yang disebabkan oleh asid urik.

Atas sebab ini, dadah yang merendahkan asid urik darah, contohnya allopurinol, probenecid atau sulfinpyrazone, sangat berkesan terhadap serangan berulang dan kerosakan sendi. Antara ubat-ubatan ini, allopurinol adalah yang paling kerap digunakan.

Salah satu faedah lain ubat-ubatan ini adalah bahawa mereka tidak memerlukan perubahan besar dalam diet. Satu lagi ubat, febuxostat boleh diambil yang bukan allopurinol dan ia menyebabkan kesan sampingan atau jika ia tidak berkesan.

Pencegahan merupakan satu bahagian sama penting daripada rawatan gout. Adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat, mengelakkan tekanan darah tinggi dan minum sekurang-kurangnya tiga liter cecair (sebaik-baiknya air) setiap hari untuk mengelakkan sawan.

Krisis boleh dielakkan dengan mengurangkan penggunaan pelbagai produk: minuman yang menyebabkan dehidrasi, seperti alkohol (bir, wain, dan lain-lain.), kopi, teh dan koko; protein haiwan seperti makanan laut, hati, buah pinggang, jantung, hempedal, roti manis, ekstrak daging dan jus daging; sayur-sayuran seperti bayam dan kacang.

Diagnosis dan rawatan awal sebenarnya lebih penting kerana ia tidak mustahil untuk menghapuskan gout, mencegah kerosakan sendi dan menjalani kehidupan yang normal.

Bila anda diserang penyakit gout sudah tentu perit kesakitannya akan menyebabkan anda mengeletar menahannya.

Kalau setakat kita bergerak baru terasa kesakitannya masih boleh di tahan, namun jika ia tetap berdenyut-denyut untuk satu masa yang panjang ia amat menyeksakan.

Antara petua lama yang boleh diamalkan ialah dengan mengambil sekitar 20 biji buah ceri setiap hari. Jika tidak dapat ceri yang segar anda bolehlah mengambilnya yang didalam tin atau jus ceri atau ceri yang telah dibekukan.

Sebagai pilihan lain anda boleh juga mengambil buah strawberry, blackcurrants (anggur hitam), cranberries dan raspberries yang memberikan efek yang hampir sama namun perlu diambil pada kadar yang lebih berbanding ceri biasa.

Untuk membantu mengurangkan kesakitan terutama dibahagian sendi, anda bolehlah mengamalkan mengambil pil minyak ikan setiap hari. Minyak ikan mengandungi anti radang yang baik untuk kesakitan sendi.

Dos yang di cadangkan ialah 6000mg setiap hari dan perlu diingatkan bahawa ia mestilah minyak ikan (fish oil) bukan minyak hati ikan (fish liver).

Amalkan meminum air bersih yang banyak setiap hari iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas 250ml sehari. Air akan menjadi pelincir yang baik untuk mengeluarkan asid urik berlebihan didalam darah.

Ia juga membantu anda mengelak dari penyakit batu karang yang seringkali menyerang mereka yang mengalami penyakit gout.

Minuman herba seperti teh hijau juga amat membantu dalam mengatasi masalah penyakit gout. Begitu juga menurunkan berat badan akan memberikan kebaikan dan kelebihan dalam mengurangkan kesan kesakitan penyakit gout.

Read more…

21 Dec 2015

Askar Britain kongsi kisah dirinya diselamatkan doktor beragama Islam



Salinan paparan perkongsian Chris Herbert


SEORANG askar Britain yang bertugas di Iraq dan kehilangan sebelah kakinya memberikan 'nasihat keras' kepada warga netizen dan dunia yang takut kepada agama Islam.

Chris Herbert yang berumur 19 tahun ketika kehilangan kaki kanan selepas dibom pengganas Taliban di Basra memberitahu kejadian tersebut tidak menjadikannya takut kepada Islam.

"Ya, pengganas beragama Islam bom saya, saya hilang kaki kanan. (Selepas itu) seorang askar Britain yang beragama Islam juga kehilangan tangannya," kata Chris di Facebook kelmarin.

Dalam kejadian tersebut, rakannya yang juga seorang askar, Luke Simpson maut dan mencederakan dua yang lain.

"Seorang Muslim berada dalam helikopter yang mengangkut saya dari medan perang (selepas kejadian). Seorang doktor bedah Muslim bedah saya untuk menyelamatkan nyawa saya.

"Seorang jururawat Muslim yang menjaga dan membantu saya balik ke Britain. Seorang petugas kebajikan kesihatan Muslim yang menguruskan ubat-ubatan saya.

"Seorang pemandu teksi Muslim yang memberikan saya perjalanan percuma kepada saya dan ayah saya. Seorang doktor Muslim yang menenangkan ayah saya kerana sedih dengan keadaan saya," jelas Chris panjang lebar.

Difahamkan, Chris membuat perkongsian tersebut kerana terdapat sesetengah pihak kecewa kerana 'Chris tidak membenci Islam' walaupun selepas diserang pengganas.

"Seorang rakyat Britain yang menolak kerusi roda saya dari lif kerana dia mahu menggunakannya dahulu. Seorang warga Britain menjerit kepada ayah saya kerana menggunakan parkir OKU (untuk dirinya).

"Apa yang saya mahu cakap adalah, berambus. Saya tahu siapa patut saya benci dan siapa saya tidak patut benci. Saya tahu siapa yang saya patut hargai dan siapa saya tidak pedulikan.

"Kalau anda mahu bencikan penganut sebuah agama kerana perbuatan segelintir individu, suka hatilah, tapi jangan paksa saya untuk membenci mereka juga.

"Menyalahkan seluruh orang Islam kerana perbuatan Taliban seperti menyalahkan agama Kristian kerana perbuatan Klu Klux Klan atau KKK(KKK merupakan sebuah golongan pelampau kulit putih)," jelas Chris lagi.

Perkongsian oleh Chris disambut gembira oleh beratus ribu pelayar bukan Islam di Facebook.

"Kejadian lebih kurang sama berlaku kepada saya selepas saya kembali ke Britain (dari operasi tentera). Seorang Muslim belanja saya air kopi dan mengucapkan terima kasih kepada saya!" kata Karl.

"Kalau anda tidak mencarut dalam perkongsian ini, saya sudah cetak ayat anda menjadi sebuah poster," kata Tim.

"Perkongsian anda adalah benda paling bagus yang saya baca di Facebook hari ini," kata Calum.

Read more…

9 Dec 2015

3 Sahabat Baik Dari Malaysia Ini Buat Nasi Lemak Jadi Kegilaan Penduduk Di Paris



Nasi lemak salah satu makanan paling popular di Malaysia selain daripada roti canai dan karipap. Selalunya korang makan kat kedai mamak sambil pekena teh tarik kan? Cuba bayangkan satu hari korang makan nasi lemak bawah Eiffel Tower di Paris. Ehemm.. Macam layan je.

Eh ada ke orang jual nasi lemak kat Paris? Apa pulak takde. Yang best nya lagi, orang jual nasi lemak di Paris ni berasal dari Malaysia. Caya lah!

Salute pada 3 orang pemuda dari Malaysia ni

Memperkenalkan Affy (Terengganu), Qayyum (Penang) dan Jimmy (Kedah) merupakan kawan baik dan mempunyai hobi yang sama iaitu sukakan makanan dan travelling.
Penduduk Paris sukakan nasi lemak






Antara artis yang pernah ke Paris seperti Syarif Sleeq, Keith Foo dan Rizalman turut tidak terlepas untuk mencuba nasi lemak ni.

Read more…

3 Dec 2015

Kerana Sindir keguguran Dato Siti Nurhaliza, makcik ni kena 'basuh' di Twitter



Kandungan baru berusia 2 bulan namun Dato’ Siti Nurhaliza dilaporkan keguguran dan beliau akur dengan ketentuan itu. Simpati dengan berita tersebut, netizen tidak putus-putus menzahirkan rasa simpati.

Tak kurang juga ramai yang memberikan nasihat agar Siti Nurhaliza lebih berhati-hati selepas ini. Namun satu status twitter daripada seorang wanita ini terhadap Siti Nurhaliza dikecam oleh pengguna media sosial.


“Music is haram”





Semuanya bermula apabila sebuah portal berita berkongsi tentang berita keguguran penyanyi nombor satu negara tersebut di laman Twitter. Wanita ini kemudian memberikan pendapatnya bahawa Siti Nurhaliza tidak akan keguguran jika berhenti menyanyi.






“Kenapa masih bermulut jahat?”




Pengguna Twitter ramai-ramai kembali membalas kenyataan wanita tersebut yang disifatkan sebagai tidak wajar.

Pada mulanya wanita berkenaan membalas tweet daripada orang ramai namun dia bertindak mendiamkan diri dan akaunnya ditukar kepada private. Iyalah mungkin sedar tweet dia dah viral.

Macam-macam…

Read more…