[x]

20 Jul 2016

VIDEO AKSI PELUK YUNA & USHER JADI PERHATIAN RAMAI


















Akibat dikritik teruk oleh peminat yang tidak senang dengan tindakan beliau memeluk rakan duetnya, Usher ketika mengadakan persembahan Live at The Roots Picnic 2016, di Philadelphia, Amerika Syarikat, baru-baru ini, Yuna tampil membidas kritikan itu dengan menyatakan bahawa kehadirannya didalam industri bukan untuk memuaskan hati semua orang.

“Khas untuk anda semua yang buat saya trending hari ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya berada di sini bukan untuk memuaskan hati sesiapa. Terutama buat lelaki yang tidak mempercayai kebolehan wanita. Puas kutuk saya macam-macam, tetapi apabila nampak di pusat beli-belah, anda jugalah yang mahu bergambar dengan saya”

“Jangan ingat saya tak tahu apa yang anda buat untuk hidup. Kita bukannya bodoh. Ada satu peratus pembenci dan 99 peratus peminat yang sentiasa menyokong sejak terbabit dalam industri muzik, daripada hari pertama lagi. Jangan sesekali ingat yang saya lupa pada anda,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung perkara berkenaan.

Semalam, sebuah video menunjukkan Yuna yang sedang menyanyikan lagu hits, Crush bersama Usher menjadi trending apabila pada penghujung persembahan mereka, Yuna dan Usher telah berpelukan. Gara-gara kejadian itu, ramai meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan tindakan penyanyi itu sebagaimana beliau adalah seorang wanita bertudung.

Pada masa yang sama, disebabkan video itu juga para peminat

Yuna mula bertelagah sesama sendiri. Ada diantaranya berpendapat bahawa kejadian itu berlaku secara tidak sengaja. Ada yang membuat teori bahawa, Yuna terpaksa memeluk Usher hanya kerana ingin menghormati selebriti antarabangsa itu yang pada awalnya ingin memeluknya.





Read more…

12 Jul 2016

Cara Baharu Perbaharui Roadtax & Insuran Kereta Mulai 1.9.2016



Artikel ini adalah hasil perkongsian melvister.com

Peraturan cara baru bagi perbaharui cukai jalan (roadtax) dan insuran kereta mulai 1 September 2016.

Menurut melvister.com, mulai 1 Jun 2016, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi membuat geran atau salinan yang hilang disebabkan penguatkuasaan sistem sijil VOC (Vehicle ownership certificate). Disebabkan itu, dengan penguatkuasaan penggunaan sistem geran sijil VOC ini, tidak ada lagi cetakan belakang pada geran setelah perbaharui roadtax di JPJ.


Berkuatkuasa mulai 1 September 2016, JPJ akan laksanankan pembaharuan roadtax tanpa geran secara menyeluruh di mana pemilik kenderaan wajib hadir untuk renew dan perlu membuat pengesahan cap jari sebagai liabiliti yang bertanggungjawab merenew roadtax sesuatu kenderaan bagi tujuan keselamatan serta mengelakkan penggunaan kenderaan klon.





Penggunaan Geran lama akan ditukar kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) mulai 1 Jun 2016
Bermula 1 September 2016, Renew Roatax dan Insuran tidak lagi perlu geran kereta di JPJ. Dengan sijil VOC ini, tiada lagi cetakan belakang pada geran selepas renew roadtax di JPJ
Hanya perlu hadir ke JPJ dan buat pengesahan cap jari pemilik kenderaan yang sah sahaja.
Bagaimana jika geran asal kereta hilang?

Jika anda ingin maklumat kenderaan disebabkan geran asal telah hilang, anda digalakkan ke JPJ berhampiran bagi mendapatkan maklumat kenderaan (RM20). Dan panjangkan untuk pihak insuran satu salinan bagi perbaharui insurans atau claim insuran.

Read more…

7 Perbuatan Jijik Yang Dilakukan Pekerja Hotel Di Dedahkan


Bekas Pekerja Hotel Ini Dedah 7 Perbuatan Jijik Yang Dilakukan Pekerja Hotel





Artikel ini adalah hasil perkongsian laman Laicikang.com


Biasanya kalau kita pergi melancong kat mana-mana, mesti sudah siap-siap booking tempat yang selesa untuk tidur iaitu di kediaman hotel. Tapi tahukah anda, di sebalik layanan mesra mereka, rupanya ada perkara yang tidak enak dilakukan oleh pekerja hotel di belakang kita.


Tanggapan orang ramai tentang perkhidmatan dan makanan dari hotel yang dijamin bersih dan boleh dipercayai pasti meleset setelah membaca pendedahan daripada bekas pekerja hotel ini. Tapi mungkin bukan semua pekerja hotel yang buat macam ni
Lepas ni kalau nak makan kat hotel pun rasa ragu-ragu juga dengan jaminan kebersihannya!


1. Lap cawan guna sapu tangan sendiri yang dah guna untuk lap muka dan mulut lepas makan





2. Hotel 5 bintang pun ada yang lap guna kain yang ‘bersih’




3. Tuala hotel juga digunakan untuk lap lantai, bilik air, mangkuk tandas dan lain-lain.





4. Bila air masak habis, hidang air paip pun boleh kepada guess





5. Guna kain kotor untuk lap pinggan mangkuk, hanya perlu pastikan ia berkilat





6. Tuala mandi yang customer dah guna dibuat lap lantai dan dinding bilik air serta cawan dan gelas.





7. Guna sarung bantal yang dah digunakan untuk lap gelas, tuala yang customer dah pakai pula buat lap mangkuk dan lantai tandas.


Read more…