[x]

21 Jun 2016

Pendedahan Awie Bertunang Dengan Ladyana Secara Rahsia?







Dunia hiburan dikejutkan pula dengan berita pertunangan Awie bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Syarifah Ladyana.

Ini ekoran beberapa keping gambar majlis pertunangan Awie dan Sharifah Ladyana yang diadakan secara tertutup telah tersebar.

Gambar Ladyana diapit oleh kedua anak Awie, Putri Leeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha didalam sebuah majlis pertunangan bagaikan menjawab persoalan yang timbul.

Dikatakan majlis pertunangan secara tertutup itu dikatakan telah diadakan di Hotel Vistana Pulau Pinang, Bukit Jambut pada 3 Jun lalu.

Majlis yang berlangsung itu juga dimaklumkan hanya dihadiri oleh beberapa ahli keluarga terdekat dari kedua­dua belah pihak termasuk ahli anggota kumpulan Wings sahaja.

Ada dakwaan mengatakan bahawa Awie dan Ladyana bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.

Buat masa ini, Awie masih belum memberikan sebarang komen balas mengenai perkara ini

Read more…

13 Jun 2016

KES DIPHTERIA MULA DIKESAN DI MALAYSIA GARA² GOLONGAN ANTI-VAKSIN



Al fatihah buat arwah pesakit saya. Pesakit diphteria kedua saya yang meninggal dunia. Hampir dua tahun lalu, kami gagal menyelamatkan seorang bayi kerana saluran pernafasannya tersumbat akibat diphteria. Tetapi tidak mengapa, arwah mengajar banyak perkara.


1. Ya, saya dapat tunjukkan kepada doktor junior saya bahawa ini adalah diphteria. Satu penyakit yang sudah jarang berlaku di seluruh dunia. Ramai yang tidak mengenali penyakit ini. Saya tidak berbangga, bahkan saya berharap mereka tidak pernah berjumpa dengan penyakit ini.


Ia juga membuatkan saya teringat kembali akan memori hitam di saat saya kehilangan seorang pesakit akibat diphteria. Pesakit itu mati di depan saya dan saya mengambil masa yang agak lama menyalahkan diri sendiri di atas kematiannya itu.

2. Saya dapat tunjukkan kepada masyarakat, terutamanya golongan anti vaksin bahawa saya tidak pernah berbohong kepada anda mengenai pengalaman saya bertemu pesakit berjangkit di Sabah. Juga saya abadikan dalam buku saya 'Mortuari', terbitan Dubook Press di bawah nukilan bertajuk 'Jarum Yahudi'.

3. Pada tahun 1921, terdapat 206,000 kes diphteria di Amerika Syarikat yang membawa kepada 15,520 kematian. Di England dan Wales, 1930, kes diphteria adalah penyebab ketiga kematian kanak-kanak di sana.

4. Berikutan siri vaksinasi dipteria bermula pada tahun 1920 an, kes diphteria mula menurun. Antara 2004-2008, tiada kes diphteria yang direkodkan di Amerika Syarikat.

5. Bagaimana, pada tahun 2007, sebanyak 4,190 kes diphteria direkodkan di seluruh dunia.

6. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kes diphteria sudah mula dikesan di Malaysia, selari dengan peningkatan kempen anti vaksinasi oleh sekumpulan bijak pandai yang berilmukan Professor Google dan perubatan alternatif.

7. Selagi golongan yang mementingkan diri ini tidak dihapuskan, akan muncul lebih banyak lagi penyakit berjangkit yang akan menghantui kita. Bukti sudah ada di depan mata kita.

8. Pertussis, Measles, Diphteria sudah mula menjadi biasa di negara kita kini. Tidak lama lagi, polio, smallpox, ebola akan datang menyapa kita. Bersediakah anda?

9. Al fatihah buat pesakitku. Semoga egnkau damai di sana. Semoga pemergianmu membawa kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan vaksinasi. - Muhamad Na'im Ab Razak | PIXEL MEDIA

Read more…

RAKYAT MALAYSIA BERANG LELAKI YAHUDI INI BERJAYA MASUK KE MALAYSIA



KUALA LUMPUR - Gambar seorang lelaki Yahudi berlatar belakang bangunan Menara Kembar Petronas sambil memegang passport Israel tersebar di media sosial.

Gambar tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya marah dengan kehadirannya ke negara ini yang sememangnya mengharamkan mana-mana rakyat Israel dari memasuki Malaysia.

Rudy Rochman, bekas tentera Israel yang dalam perjalanan ke Sri Lanka mengakui singgah sebentar di Malaysia menggunakan passport Perancis. Difahamkan, Rudy mempunyai dua kerakyatan itu memilih untuk singgah di Kuala Lumpur.

"Beribu-ribu orang Israel pergi ke Asia setiap tahun sebaik tamat perkhidmatan dengan tentera untuk belajar dan memahami budaya yang berbeza. Tetapi Malaysia telah memutuskan untuk mengharamkan rakyat Israel dari memasuki negara mereka.

"Di belakang saya adalah Menara Kembar Petronas dan saya berjaya ke Malaysia untuk sehari menggunakan pasport kerakyatan Perancis.

"Walaupun saya tak menyarankan (rakyat Isreal yang lain) datang ke Malaysia tetapi saya rasa adalah perlu untuk merakam gambar ini untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai perkara itu.

"Walaupun ada segelintir rakyat Malaysia yang menyokong Israel secara diam-diam, kerajaan Malaysia dan penduduknya terus menyokong pengharaman ini terhadap rakyat Israel.

"Jika anda tidak tahu mengenai perkara ini, sila kongsikan agar yang lain sedar dengan sikap (kerajaan Malaysia) yang tidak bertoleransi ini," katanya.

Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan kemarahan mereka, sesekali kerajaan juga turut menerima tempiasnya.

"Kenapalah aku tak tahu mamat ini dari Israel? Kalau aku jumpa, memang mampus kena kelar leher. Ramadhan ini lagi bagus dapat bunuh Yahudi ini." kata Besi Berani.

"Israel sangat sinonim dengan pencerobohan. Sudah menceroboh negara berdaulat Palestine, sekarang nak ceroboh Malaysia pula? Nampak sangat pintu masuk negara kita ini lemah," kata Amir Zain.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen menganggap perkara itu adalah biasa dan ini bukan pertama kali rakyat Israel masuk ke Malaysia.

"Apa yang peliknya Yahudi masuk ke Malaysia? Orang Malaysia nak masuk ke Israel pun boleh, atas alasan buat lawatan," kata Azuan. - PIXEL MEDIA

Read more…

5 Jun 2016

19 Perkara Tidak Batalkan Puasa Dalam Perubatan















UMAT Islam mana yang tidak gembira menyambut Ramadan, bulan yang dipenuhi keberkatan dan ganjaran buat manusia yang benar-benar ikhlas mencari keredhaan-Nya bukan?

Namun dalam keghairahan mengerjakan ibadah, terdapat beberapa persoalan berkaitan perkara yang membatalkan puasa terutama melibatkan bidang perubatan, menimbulkan tanda tanya pada sesetengah kita.
Sebagai contoh, adakah suntikan bius dan menderma darah membatalkan puasa? Serta bolehkah seseorang itu meneruskan puasa setelah menjalani rawatan hemodialisis?
Merujuk perkara ini, Dr. Ahmad Zakimi Abdullah, seorang Pegawai Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berkongsikan 19 perkara yang tidak membatalkan puasa berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan perubatan.







Fatwa berkenaan 19 perkara ini juga telah disahkan oleh ulama besar, Dr. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi bersama Majlis Fatwa Eropah. Semoga artikel ini bermanfaat kepada semua.
1. Ubat titik mata dan telinga, cuci telinga (earwash).
2. Ubat GTN yang diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan.
3. Memasukkan pessary, ovules kedalam kemaluan wanita (vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina; atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (contoh periksa jalan untuk bersalin).
4. Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.
5. Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi); dengan syarat ia tidak ditelan.
6. Injeksi (cucuk) melalui kulit ke dalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), ke dalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat.
7. Menderma atau menerima darah.
8. Menerima oksigen atau gas untuk bius.
9. Menerima semua bahan yang diserap ke dalam badan melalui kulit seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.
10. Mengambil darah untuk pemeriksaan.
11. Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan.
12. Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention).
13. Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut; dengan syarat ia tidak ditelan.
14. Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device).
15. Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy).
16. Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma).
17. Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari.
18. Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia); jika pesakit mahu berpuasa.
19. Haemodialisis atau peritoneal dialysis. – MYNNEWSHUB.C

Read more…

3 Jun 2016

8 Sebab Kenapa Amoi Cina Jadi Pilihan Lelaki Melayu




Kebelakangan ini kita dapat lihat banyak pasangan campur kaum di Malaysia. Ini disebabkan Negara kita adalah Negara berbilang kaum yang hidup dengan harmoni. Sekarang sudah menjadi trend yang meningkat di mana lelaki Melayu berpasangan gadis Cina.


Baru-baru ini kami ada bersembang dengan beberapa pasangan-pasangan seperti ini untuk mengetahui lebih lanjut kenapa lelaki Melayu minat pada gadis Cina.


1. Kulit Yang Putih





Semamangnya kita tahu gadis-gadis cina mempunyai kulit yang putih menawan dan lembut ala artis-artis Korea. Sudah menjadi trend sekarang bahawa ramai lelaki yang minatkan gadis berkulit putih termasuklah juga si lelaki Melayu ini.

2. Badan Yang Ramping





Secara majoritinya badan gadis-gadis cina memang ramping dengan pinggang yang kecil. Badan mereka kebannyakkannya berbentuk ‘hour glass’ atau jam pasir yang memang kegilaan lelaki pada masa ini. Badan berbentuk ini memang di gemari lelaki Melayu lebih lebih lagi semasa memegang si gadis itu di pinggangnya!


3. Pandai Berpakaian Cantik





Kalau kita lihat di sekitar Lembah Klang pasti kita boleh lihat bagaimana gadis-gadis cina berpakaian. Fesyen mereka banyak di pengaruhi oleh cara fesyen korea dan juga barat. Memang biasa kalau kita lihat mereka memakai baju dengan skirt pendek atau pun perpakaian kasual dengan hot pants yang pasti membuat mana-mana lelaki termasuk lelaki Melayu terbeliak gembira.


4. Rambut Yang Lurus Dan Halus





Kaum kaum dari sebelah timur asia memang mempunyai rambut yang lurus dan halus. Apabila di dandan dengan betul memang akan nampak menawan. Di sebabkan itu lelaki Melayu suka gadis-gadis cina kerana rambutnya yang berbagai style melengkapkan pakej penampilannya.


5. Boleh Bertutur Tiga Bahasa





Ini memang tidak boleh di nafikan. Gadis-gadis cina di Negara kita memang boleh bertutur dalam tiga bahasa. Samada bertutur dalam Bahasa Melayu, Inggeris ataupun Mandarin kita tidak boleh memandang rendah kebolehan mereka. Disebabkan itu, lelaki Melayu tidak perlu risau jika ke kedai motor towkey cina kerana girlfriend atau isteri cina anda boleh berunding untuk harga lebih murah.


Tambah pula bila dah ada anak, isteri cina boleh mengajar berbahasa cina untuk membesarkan lagi skop karier masa depan anak kecil itu!


6. Pandai Matematik





Anda ada perasan masa sekolah dulu apabila keputusan peperiksaan subjek matematik keluar pasti yang di atas kebanyakannya adalah kaum cina. Memang betul kaum cina pandai matematik kerana bahasanya yang memudah kan pembelajaran subjek itu. Tapi sebagai seorang lelaki, memang biasa kita ini lambat sikit bila mengira jadi sebab itu banyak lelaki melayu meminati gadis cina kerana nanti senang nak buat apa-apa pengiraan!


7. Bijak Mengurus Kewangan





Bila kita sebut pasal duit, mesti nombor satu dalam kepala adalah perempuan! Bukan nak mengata perempuan muka duitan tetapi bab-bab kewangan ini memang biasa kita lihat para wanita yang menguruskannya kerana mereka semestinya lebih arif menyimpan dan lelaki lebih arif berboros. Tetapi gadis-gadis cina mempunyai kelebihan disebabkan kebanyakkan keluarga cina banyak menceburi bidang bisnes jadi pengetahuan tentang pengurusan wang selalu di turunkan dari generasi ke generasi sehingga ia menjadi sebuah kebolehan yang semula jadi.


8. Kurang Membebel Atau Meggedik





Ini fakta yang di kongsikan oleh beberapa lelaki Melayu yang sudah perpasangan gadis Melayu dan juga Cina. Perbezaan ketara yang mereka alami adalah gadis CIna lebih kepada sikap mudah dan happy go lucky. Mereka tak banyak berbebel kepada si lelaki dan juga berperangai gedik yang memang sangat di benci kaum lelaki Melayu. Asalkan si lelaki setia dan menghormati gadis cina sudah memadai untuk memberikannya kegembiraan.

Read more…

2 Jun 2016

LELAKI WARGA BRITAIN MENGAKU CABUL PULUHAN KANAK² MALAYSIA




LONDON - Seorang lelaki warga Britain berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah mencabul dan membuat serangan seks terhadap bayi berusia antara 6 bulan dan kanak-kanak 12 tahun yang sebahagiannya daripadanya datang dari keluarga miskin di Malaysia, lapor Astro Awani.

Richard Huckle, 30, mengaku merakam gambar dan video mangsa dicabulnya sebelum memuat naik ke laman web. Polis penyiasat juga turut menemui lebih 20,000 gambar tidak senonoh, lejar menyimpan maklumat mangsa dan serangan serta manual catatannya yang dinamakan "Paedophiles and Poverty: Child Lover Guide".

Huckle sebelum ini berdepan dengan 91 dakwaan termasuk terhadap 23 kanak-kanak berasal dari Kuala Lumpur di mana dia pernah menjadi guru bahasa inggeris. Huckle dilaporkan melakukan kesalahan itu dari 2006 dan 2014 selain dari sering berkongsi gambar tersebut dengan pedofil yang lain.

Huckle ditahan di Lapangan Terbang Gatwick pada Disember 2014, ketika pulang dari Malaysia untuk bercuti musim Krismas. Huckle pada awalnya menafikan dakwaan itu, namun akhirnya mengaku melakukan kesalahan itu.

Hakim Peter Rook berkata, beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana jenayah berat yang dilakukan Huckle.

Sementara itu, jurucakap British Council di Malaysia berkata, mereka tidak mempunyai rekod penghidap pedofilia, Richard Huckle, yang bertugas sebagai guru di Malaysia, lapor mStar.

"Huckle menamatkan kursus yang menyediakan latihan kepada individu untuk mengajar pelajar dewasa.

"Berikutan kursus ini, kami tidak mempunyai rekod yang menunjukkan dia pernah bertugas sebagai guru di Malaysia dengan kami, sama ada untuk pelajar dewasa atau kanak-kanak," katanya.

Read more…