[x]

2 Jun 2016

LELAKI WARGA BRITAIN MENGAKU CABUL PULUHAN KANAK² MALAYSIA




LONDON - Seorang lelaki warga Britain berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah mencabul dan membuat serangan seks terhadap bayi berusia antara 6 bulan dan kanak-kanak 12 tahun yang sebahagiannya daripadanya datang dari keluarga miskin di Malaysia, lapor Astro Awani.

Richard Huckle, 30, mengaku merakam gambar dan video mangsa dicabulnya sebelum memuat naik ke laman web. Polis penyiasat juga turut menemui lebih 20,000 gambar tidak senonoh, lejar menyimpan maklumat mangsa dan serangan serta manual catatannya yang dinamakan "Paedophiles and Poverty: Child Lover Guide".

Huckle sebelum ini berdepan dengan 91 dakwaan termasuk terhadap 23 kanak-kanak berasal dari Kuala Lumpur di mana dia pernah menjadi guru bahasa inggeris. Huckle dilaporkan melakukan kesalahan itu dari 2006 dan 2014 selain dari sering berkongsi gambar tersebut dengan pedofil yang lain.

Huckle ditahan di Lapangan Terbang Gatwick pada Disember 2014, ketika pulang dari Malaysia untuk bercuti musim Krismas. Huckle pada awalnya menafikan dakwaan itu, namun akhirnya mengaku melakukan kesalahan itu.

Hakim Peter Rook berkata, beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana jenayah berat yang dilakukan Huckle.

Sementara itu, jurucakap British Council di Malaysia berkata, mereka tidak mempunyai rekod penghidap pedofilia, Richard Huckle, yang bertugas sebagai guru di Malaysia, lapor mStar.

"Huckle menamatkan kursus yang menyediakan latihan kepada individu untuk mengajar pelajar dewasa.

"Berikutan kursus ini, kami tidak mempunyai rekod yang menunjukkan dia pernah bertugas sebagai guru di Malaysia dengan kami, sama ada untuk pelajar dewasa atau kanak-kanak," katanya.

0 comments:

Post a Comment