[x]

30 Mar 2016

Pengantin Dicerai Talak 3 Selepas Akad Nikah Kerana Duit Hantaran Tidak Cukup RM 1000

KECOH tentang duit hantaran RM 5000 tidak mencukupi, belum reda dengan isu tersebut kini ada satu lagi kisah yang mana satu pasangan lagi turut mengalami situasi tersebut. Lama juga aku jadi photographer wedding. Macam-macam aku dah tempuh. Ini aku nak kongsi sikit cerita yang pernah terjadi di depan aku suatu masa dahulu.

Mas hantaran kahwin, mak ayah perempuan ini letak RM22,222.22. Memang mahal gila, tetapi si lelaki ini telah bersetuju. Aku tengok yang lelaki ini pun bukan calang-calang orangnya.

Kisah ini dipetik menerusi Facebook Boii Amani Hashim.



Jadi, sampailah ke hari akad nikah. Kedua-dua pihak gembira saja. Pengantin dengan mukanya sudah tak sabar nak mengawan. Iyelah, musim hujan pada masa itu. Tok Kadi sampai, maka berlangsunglah acara akad nikah dan selamba dengan senafas sehaja pengantin lelaki lafazkan akad.

Hantaran pun bertukar tangan, begitu juga dengan mas kahwin. Semasa lelaki itu nak baca lafaz takliq, tiba-tiba saudara dari pihak perempuan bising.

"Duit hantaran tak cukup RM1,000 ni!"

Pengantin perempuan terus bangun dari tempat duduk. Tinggikan suara pada pengantin lelaki bertanya mengapa duit hantaran tak cukup.

"Apsal tak cukup RM1,000?" tanyanya.

Pihak sebelah perempuan siap perli-perli, "Dah tahu tak cukup duit, tetapi gatal sangat nak kahwin itu kenapa?!"

Yang pengantin lelaki, walaupun mata berkaca, dia senyum sahaja. Dia ambil mikrofon dan berkata,
"Baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah camni? Sahaja saya tak cukupkan seribu sebab nak tengok kau orang macam mana. Ini saya ada bawa wang yang tidak cukup itu," katanya sambil membuka beg yang berkepok-kepok duit not RM50 dan RM100 di dalamnya.

"Tak apalah, alang-alang semua ada di sini, boleh jadi saksi saya. Saya ceraikan awak dengan talak 3. Assalamualaikum," katanya buat terakhir kali sebelum menjatuhkan mikrofon itu.

Selesai bersalaman, mereka terus beredar dari tempat itu.

Itulah, bila dah ada orang nak, itu kira bernasib baik. Perempuan bersepah sekarang. Tepi-tepi bus stop pun boleh petik. Kau buka WeChat, berapa ramai yang serah diri secara free? Kau ingat lelaki lelaki dalam drama jam 7 petang itu wujud ke?

P/S : Semoga kita dipermudahkan segalanya semasa perkahwinan yang kita akan lalui

Read more…

29 Mar 2016

Punca dan Wajah Sebenar Pengantin Wanita Yang Bergaduh Di Masjid Jamek Al-Khadijiah



KINI kecoh di laman sosial apabila berlakunya satu pergaduhan semasa akad nikah dijalankan kerana si pengantin lelaki tidak membawa wang hantaran tidak mencukupi. Pergaduhan yang berlaku di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Seperti yang anda semua sedia maklum, pengantin lelaki didakwa ditumbuk lantaran duit hantaran RM15,000 tidak cukup seperti yang telah dijanjikan.

Pergaduhan turut tercetus antara keluarga kedua belah pihak sehingga mencetuskan kekecohan yang dahsyat.

"Patutlah minta hantaran mahal, rupanya cantik macam bidadari." Kata seorang netizen. Terdapat juga komen yang mengatakan rupa sebegini tidak patut minta hantaran mahal-mahal.




Ada juga netizen yang tegas mengatakan nilai hantaran bukan terletak pada rupa paras dan ada juga yang terus menghina dan mencerca.

Apa-apapun, kita doakan agar kedua belah pihak mendapat jalan penyelesaian yang terbaik dan menyelesaikan konflik antara mereka secara aman.

Sebelum ini, wakil dari pihak perempuan juga telah tampil memperjelas kisah sebenar mengenai kejadian yang dianggap sangat memalukan itu.

P/S : Bawa-bawa bersabar, pasti akan ada jalan penyelesaiannya.

Read more…

22 Mar 2016

Terkena SUMPAHAN, Teguran Dia Tak Dipeduli Keluarga, Lihat Apa Berlaku Pada Pelajar 14 Tahun Ini



Seorang pelajar tingkatan dua yang sebelum ini menyuarakan keengganannya ke sekolah pada sesi petang kerana adik-beradiknya yang lain bersekolah pagi, ditemui mati tergantung di tingkap bilik di rumahnya di Desa Pujut, di sini, semalam.

Alexander Ajang, 14, yang juga anak kedua daripada empat beradik itu ditemui tergantung dengan leher dijerut tuala dan baju yang diikat pada jeriji tingkap oleh bapanya, jam 12 tengah hari.

Ibu saudara mangsa, Roselind, 32, berkata, kematian mangsa amat mengejutkan kerana sejam sebelum kejadian, dia bersikap seperti biasa ketika membuka pintu rumah untuk bapanya berusia 40-an yang pulang untuk menghantarnya ke sekolah.

“Sebaik bapanya yang juga abang saya tiba di rumah, dia berehat di rumah tamu dan menyuruh anaknya itu mandi serta memakai seragam untuk ke sekolah.

“Tapi, selepas setengah jam dia masih tidak keluar dari bilik biarpun ayahnya memanggil namanya beberapa kali. Sebaik pintu bilik dibuka, ayahnya terkejut melihat dia tergantung di tingkap bilik dan sudah tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurut wanita itu, sehari sebelum kejadian, mangsa memberitahu tidak mahu ke sekolah kerana abang serta adik-beradiknya yang lain bersekolah sesi pagi dan hanya dia pada sesi petang.

“Bagaimanapun, semua ahli keluarga lain tidak mengendahkan kata-katanya kerana menganggap itu perkara biasa saja. Kami tidak menyangka dia akan mengambil tindakan drastik seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan mayat mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasa

Read more…

21 Mar 2016

Aku Akan Bagi Suami Dia "Puas Puas" Biar Padan Muka Isteri Dia Wanita Perampas




"Aku Akan Bagi Suami Dia Puas Puas,Biar Padan Muka Isteri Dia" - Wanita Perampas

Runtuhnya sebuah rumah tangga kerana orang ketiga, perkara inilah mimpi ngeri bagi setiap wanita yang sudah bergelar isteri.

Nasib malang inilah yang menimpa seorang isteri dimana rumah tangganya yang dibina hancur sekelip mata oleh kehadiran orang ketiga.

Tidak hanya itu malah orang ketiga tersebut turut merasa bangga dan menjadi perhatian ramai baru baru ini.

Apabila wanita perampas itu turut memuat naik satu status di akaun facebook miliknya tentang ketidak puas hatinya kepada isteri kekasihnya yang tidak mahu melepaskan suaminya.

Lebih mengejutkan lagi apabila dia juga memaki hamun isteri malang itu dengan perkataan “mandul” dan membuat rancangan menyakiti hati isteri kekasihnya itu secara berlahan lahan.


Berikut status tersebut:

Read more…

"Saya Bukan Kejam Ceraikan Dia Ketika Hamil, Tapi..." - Azmi Hatta



Kisah penceraian Elly Mazlein dan pengarah Azmi Hatta baru baru ini mendapat perhatian ramai selepas pasangan itu mengakui sudah bercerai ketika si isteri masih dalam tempoh mengandung anak pertama mereka.

Ramai menyuarakan pendapat yang Azmi Hatta sebagai seorang lelaki yang tidak berhati perut untuk menceraikan Elly Mazlein dalam keadaan begitu walau apa jua alasan yang diberikan.


bercakap kepada mStar Online hari ini, Azmi Hatta mendedahkan yang keputusan untuk berpisah dengan Elly Mazlein bukan sesuatu yang mudah dan terkilan dengan tuduhan orang ramai.

“Saya terkilan ramai pihak menunding jari kepada saya sebagai orang yang dipersalahkan dalam perpisahan ini. Hanya Allah mengetahui tentang ini dan saya yakin berada di pihak yang benar”


“Kami berpisah selepas mendapat khidmat nasihat beberapa pihak dan talak dijatuhkan di hadapan hakim ketika usia kandungan Elly berusia 5 bulan, secara warasnya memang saya tidak mahu berpisah”

“Saya bukan lelaki yang kejam untuk ceraikan dia pada waktu dia sedang hamil. Namun jodoh itu kuasa Allah,” ujarnya panjang lebar menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku antara mereka.

Azmi Hatta turut menafikan kenyataan Elly Mazlein sendiri baru baru ini yang mengaitkan seorang pelakon wanita bernama Faye Kusairi sebagai punca penceraian mereka berdua. (rtky/m)

Read more…

Kanak-Kanak Untuk Dijual Kejutkan Netizen



`Kanak-kanak untuk dijual’ . Mengejutkan tetapi ia telah diiklan oleh ibu kanak-kanak berkenaan yang menggunakan nama Jaton Justsilly Jaibabi di dalam Facebook.

Bagaimanapun akaun Facebook wanita berkenaan tidak lagi diaktifkan.

Selepas gambar berkenaan dimuat naik dalam Facebook dengan kapsyen `Kanak-kanak untuk dijual, 45% diskaun disebabkan mereka teruk’, polis di Memphis telah melancarkan siasatan.

Namun ia agak sukar kerana maklumat yang diperolehi adalah terhad.

Gambar berkenaan juga menyebabkan netizen marah dan menuntut supaya kanak-kanak terbabit dibawa keluar dari rumah tersebut.

Bagaimanapun sepupu wanita terbabit, Derion King telah mempertahankannya.

“Saya tidak begitu kisah dengan pandangan orang ramai. Keluar dan rakan-rakan kami tahu bahawa kami sayangkan kanak-kanak dan adalah sesuatu yang gila apabila orang ramai menghakimi kami disebabkan satu perkara sahaja.

“Sebenarnya ia adalah satu jenaka tetapi orang ramai mengambil serius. Kita melakukan kesilapan dan telah mendapat pengajaran daripada situasi ini. Mereka selamat, tidak dicederakan dan disayangi sepanjang masa,’’ kata King.

Read more…

Wak Doyok Pakai Jam Tangan Mewah Palsu,Kantoi Dengan Netizen?

Nama Wak Doyok memang tak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Penampilannya yang sentiasa kemas dan bergaya menjadi ikutan ramai malah digelar ikon fesyen.

Pendek kata setiap kali Wak Doyok muatnaik gambar dekat Instagram miliknya, mesti ramai yang makan hati! Mana tidaknya, semua barang-barang berjenama dan ‘rare’.

Namun baru-baru ini sebuah akaun di Instagram mendakwa Wak Doyok menipu orang ramai dengan memakai barangan fake.






Read more…

17 Mar 2016

Lagi perlakuan pramugari Air Asia dirakam dan viral




Ketika banyak di media-media sosial membicarakan tentang etika penerbangan, etika layanan di atas awan dan pelbagai lagi, dua keping foto perlakuan seorang pramugari yang dipercayai kru penerbangan syarikat Air Asia pula tersebar.

Kewajipannya sebagai seorang muslim tidak ditinggalkan walaupun berada di atas awan. Beliau dilihat memakai telekung untuk memulakan solat.







Dengan kebanjiran propaganda negatif mengenai pramugari, dua keping gambar ini sedikit sebanyak memberikan gambaran positif berkenaan pekerjaan ini. Rata-rata netizen menyokong dan mendoakan beliau agar terus istiqamah dalam tindakannya

Read more…

“Silap Sikit Dia Maki Saya!” – Wanita Ini Luah Kesedihan Tidak Dihargai Suami Kepada Seorang Ustaz



Wanita merupakan kaum yang mempunyai darjat yang tinggi di sisi Islam. Mudahnya pahala mengalir bagi seorang wanita itu, lebih-lebih lagi yang telah bergelar isteri dan ibu.

Lumrah seorang isteri dan ibu untuk berbakti kepada suami dan anak-anak tanpa mengenal erti lelah. Namun, terkadang suami mengambil kesempatan atas ihsan si isteri dan memperlakukannya dengan tidak adil, malah sering menyakiti hatinya. Ikuti suara hati wanita ini tentang suami yang tidak menghargai pengorbanannya yang diluahkan kepada seorang ustaz ketika mereka terserempak di lapangan terbang.

Masa saya di airport nampak seorang wanita bawa 5 orang anaknya. Semua masih kecil-kecil lagi. Saya sebak melihat begitulah keadaan wanita. Dia boleh urus anak 5 orang seorang diri. Dia bawa satu beg dalam tu ada tiket dan semua dokumen penting anak-anak. Dengan anak menangis, bergaduh, menjerit dan yang nak susu. Tolak dan bawa barang banyak-banyak. Ya Allah..

Saya dalam hati berdoa ya Allah sayangilah isteriku di rumah. Sayangilah ibuku. Terasa sebak bila tengok tugas wanita. Siang malam uruskan semua seorang diri. Ke mana-mana uruskan anak dan diri seorang diri. Itulah hidup mereka sampai bila-bila...ya Allah.
Dia tegur saya minta saya bergambar dengan anak-anaknya di airport..dia minta saya jaga anak-anak sekejap dia nak ke bilik air. Biasanya seorang wanita masuk bilik air kena bawa anak-anak kecil semuanya. Ya Allah...kasihankan..

Kemudian dia menangis bercerita. Kenapa lelaki ini susah nak faham kami. Saya jaga anak ini seorang diri. Suami macam tiada perasaan. Dia sentiasa marah saya di rumah. Kuat mengamuk. Tidak langsung bantu kerja rumah.


Bila dia balik saya buatkan air. Dia tak pernah pandang muka saya. Bila saya tanya dia jawab macam tak nak jawab. Saya bercerita dia tak pernah dengar. Saya mengadu sakit lengan dan pinggang kerana urus anak-anak. Dia kata biasalah tu. Rehatlah. Pergilah klinik.


Saya baru nak berehat minta tolong dia jaga anak-anak. Dia marah saya. Katanya saya pun penat.awak bukan kerja jagalah anak-anak ini..


Setiap kali ajak pergi klinik dia kata dia sibuk..saya dari anak pertama sampai sudah terpaksa sendiri ke klinik check up. Kalau dia datang pun duduk jauh-jauh. Tunggu dalam kereta..


Tak tanya apa-apa pun. Tak pernah nak bermain-main dengan anak-anak. Saya sambil masak, sambil lari urus dan main-main dengan anak-anak. Saya buang sampah, kemas baju kotor, rumah bersepah, nasihat dan ajar anak-anak. Saya silap sikit dia maki saya.


Ini saya balik kampung dia sibuk kerja. Langsung tak hantar ke airport. Saya pergi dan urus sendiri semuanya..memang semua lelaki begitu ke ustaz?kenapa jadi begini..


Bila saya sebut pasal duit mesti dia ungkit semuanya penat kerja. Duit tak cukup. Saya guna duit tu pun untuk barang dapur dan kelengakapan rumah.


Syukur saya dengar ceramah ustaz dan baca buku Tangisan Umat. Ia seperti ubat kesedihan hati saya. Menangis dan air mata sambil baca buku ustaz. Betul ustaz lega bila ada orang nak mendengar. Kita bukan nak marah suami. Kita cuma nak luah. Tapi bila luah jadi bergaduh..saya sayang dan cinta suami saya. Dia pun sayang saya. Saya nak mahligai syurga bersama suami


Saya sebak kerana wanita memang hebat. Istimewa di sisi Allah. Orang kuat khidmat dengan ikhlas sentiasa dapat dekat dengan Allah disayangi Allah. Hati mereka lembut. Hati mereka suci berkat suka memberi khidmat.


Oleh itu hargailah isteri. Berilah masa mendengar, melihat mereka, hargai mereka. Mereka sanggup buat apa sahaja buat suami dan agama bila mereka dicintai dan dihargai. Mereka lembut dan hati mereka lembut. Berilah pujian, penghargaan, tengok mereka. Beri hadiah. Bantu kerja rumah. Beri nafkah. Dengar mereka. Dengari mereka fahami mereka.. mereka sudah tiada siapa lagi. Tiada apa-apa lagi. Hanya untuk suami dan anak-anak dan smeuanya hanya kerana Allah...


Saya tak tahu kenapa kita tergamak menyakiti hati orang kita sayang. Masa saya nak keluar rumah tadi saya menangis. Saya rindu isteri saya. Kalau makan sedap saya mesti tak selera makan kerana nak bawa ibubapa dan isteri saya makan dulu. Saya selalu menangis rindu pada keluarga..


Bila dapat bersama, bermanja, melihat isteri berehat dan senyum itulah nikmat dalam hidup saya...Saya teramat sayang isteri saya. Tapi saya juga banyak kelemahan dan sentiasa berdoa ingin menjadi yang terbaik buat isteri saya. Saya memang terlalu hormat pada ibu dan isteri saya. Sebab saya lihat ibu dan isteri saya siang malam berkorban buat saya. Senyuman mereka bahagia buat saya. Saya takkan berhenti dan boleh duduk diam jika mereka bersedih. Biarlah air mata kegembiraan asbab diriku ini. Ramai lelaki yang baik seperti ini di mana-mana saya jumpa. Begitulah betapa korbannya wanita diluar sana. Sayangi dan hargai mereka.Janganlah sia-siakan mereka.masa akan tiba tak lama pasti kita akan menyesal..itulah hari penyesalan...i love u bidadariku sayang Airis HayFarayqal.-ebit lew



Sumber: Ebit Lew

Read more…

16 Mar 2016

DJ radio wanita tempatan tergamam dapat hadiah coli

Sepanjang 10 tahun mengendalikan segmen Suria Cinta di stesen radio Suria FM, penyampai radio popular DJ Lin mendedahkan dia pernah menghadapi trauma diganggu lelaki misteri termasuk menerima hadiah pakaian dalam.

Memetik laporan mStar online, wanita berusia 40 tahun itu menyifatkan pemberian pemberian daripada peminat psiko yang mungkin ada masalah gangguan jiwa.






"Memang saya tergamam dan takut sehingga tidak tahu apa yang perlu dibuat ketika itu. Insiden itu membuatkan saya agak trauma untuk pulang dari selepas bertugas pada setiap malam.


“Mujurlah ia tidak berlarutan. Alhamdulillah, kini saya diberi kekuatan dan jalan bagaimana untuk berhadapan dengan orang sebegini. Pendekatan yang saya ambil, jangan terlalu lebih melayan, itu sahaja," kata ibu tunggal dua cahaya mata ini.


Biarpun emosinya pernah terganggu, dia harus berhadapan dengan situasi itu sambil menyifatkan ia satu cabaran yang harus dilaluinya sebagai seorang juruhebah radio dikenali.




“Biasalah, saya mengelola segmen bertemakan cinta sehingga larut malam. Justeru, tidak saya nafikan akan ada lelaki-lelaki yang cuba dekati saya dengan pelbagai cara. Alasannya, mereka tergoda dengan cara dan gaya penyampaian saya.


"Ada yang dekati dengan cara berhemah malah ada yang sebaliknya. Jika berhemah, bolehlah saya handle dengan tenang. Tetapi kalau sebaliknya, naik seriau juga," katanya.




Read more…

15 Mar 2016

Video: Sekumpulan Bangla kENDURI Seorang Wanita.. Di Bilik Hotel




KEPENTINGAN pekerja asing kepada negara membangun seperti Malaysia tak mungkin dapat dinafikan tetapi pada masa sama kebanjiran warga asing turut membawa banyak permasalahan dari segi moral.


Contohnya dapat dilihat daripada video yang tersebar ini, memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai warga Bangladesh sedang enak bercengkarama dengan seorang wanita di bilik hotel.

Walaupun rakaman tidak sampai ke babak seks semua orang tahu itulah penyudahnya.

Kebanyakan komen di laman sosial menolak tanggapan wanita yang dirakam merelakan dirinya menjadi ‘mainan’ dalam video ini adalah warga Malaysia dengan sebahagian besar meneka ianya orang Vietnam.

Walau apa pun, bila ianya berlaku di negara ini maka penguatkuasaan perlu dipertingkatkan kerana aktiviti tak bermoral begini boleh membawa kepada masalah lebih besar termasuk keruntuhan akhlak dan penularan penyakit berbahaya seperti HIV dan AIDS. – MYNEWSHUB.CC

Read more…

Video: Lelaki Cuba Rogol Budak 13 Tahun Dibelasah Bapa Mangsa




TINDAKAN seorang pemuda berusia 23 tahun dari Cancun, Mexico yang cuba merogol seorang kanak-kanak berusia 13 tahun membawa padah apabila dia kantoi dengan bapa mangsa.

Suspek, Bernabe N ditarik keluar dari tandas perempuan selepas bapa mangsa terdengar anaknya menjerit dari dalam tandas.

Melihat suspek yang ketika itu sedang menindih anaknya dalam keadaan seluar terlondeh, tanpa belas kasihan dia dibelasah dengan teruk.

Orang awam yang menyaksikan kejadian turut merakam video ketika si bapa sedang memukul pemuda tersebut.

Kedua-dua suspek dan bapa mangsa kini ditahan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. – MYNEWSHUB.CC



Read more…

11 Mar 2016

“Pandanglah Dengan Mata Hati!” – Wanita Ini Tegur Lelaki Yang Curang Sebab Isteri Gemuk


AKU TAK SUKA WIFE GEMUK





Assalamualaikum. Aku just nak bagi pendapat aku je. Maaf jika ada yang terasa. Akhir2 ni banyak aku baca lelaki yang curang bila wife dah gemuk. Malu jalan dgn wife bila wife dah gemuk. Malukan & hina wife bila wife dah gemuk. Hmm. Ada satu kesah ni, ada sorang membe aku ni pernah ckp kat aku, "aku rasa dia ada potensi gemuk lepas kawin la". Bende ni dia tuju dekat makwa dia. Dia terpikat kat perempuan ni pun sbb perempuan ni lawa plus putih gitu.

 Masalahnya sekarang, engkau pun belum kawin perut dah buncit, muka dah koyak, lepas tu bising makwe ko akan gemuk lepas kawin. Nak je aku tampar. Engkau kalau nak wife kau maintain je, kau support lah dia. Bwk pi tempat pelansingan badan ke, ape ke. Kalau kau xde duit, kau je yg mengandung. Senang. Perut pun dah nampak ciri2. Mengandung pun org xperasan. Haaa. Berangin pulak aku kan.

Kedua, untuk lelaki2 yg curang sebab wife korang gemuk ni, apehalnya? Sikit pun ko tak nampak ke pengorbanan wife kau? Dia lahirkan anak kau kot, pikir lah sikit. Guna akal yg waras untuk berfikir. Stop lah pandang fizikal semata2. Istri ni harta yg tak ternilai tau. Pandang lah dgn mata hati. Ikut merasai kesakitan dia, pengorbanan dia.

 Wife kau pilih kau sbb kau dah cukup sempurna kat mata depa. Tapi kau cuma pandang depa dari segi fizikal semata2. Kalau diorang mampu tutup mata untuk segala kekurangan kau why not kau accept semua yg ada pada dia.


Aku tengok mak2 dulu, tak semua, kebanyakannya berisi & kata lainnya gemuk. Tapi husband depa terima depa seadanya. Suruh duduk rumah. Bagi cukup makan, pakai, rumah semua sempurna. Tapi bila aku tgk sekarang, sgt berbeza, bukan nak pukul sama rata, tapi kebanyakkannya. Dah lah wife kerja, anak pun wife jaga, rumah pakaian semua wife yg siapkan, ank pun wife yg hantar sekolah, kau tak cukup duit kau mintak kat wife kau. Tiba2 sampai part gemuk, kau curang dgn dia, kau malu nak jln dgn dia, kau hina2 dia.

 Memalukan betul. Seriously, tak layak lgsg di panggil suami. Dah lah byk menyusahkan wife, lepas tu tak menghargaii. Bila nak kawin lain, pandai ckp ikut sunnah bagai. Tapi yg wajib kau tak buat, yg sunnah sepatutnya kau amalkan dlm keluarga, kau tak buat. Oh pls lah. Take time, tgk muka wife kau. Tgk dlm2. Kau rasa ada ke perempuan lain yg nak berkorban utk kau? Kalau setakat gemuk jadi alasan kau, baik kau pergi kat cermin & tgk muka kau betul2. Tgk dari atas sampai bawah. & tanya diri kau, sempurna ke kau? Jangan ikutkan nafsu, takut merana diri.


Haishhh. Sebenarnya, aku tertanya2 masa kenal & mengajak wife kau kawin dulu, apa yang kau pandang dekat wife kau? Apa yang buat kau tertarik dgn dia? Fizikal semata2? Sebab cantik & menarik di mata manusia lain & kau berkobar2 nak dptkan wife kau? Then tell the world yg kau mampu utk dptkan dia? Ataupun untuk merasa bangga & menunjuk2 kau dpt wife cantik?? Apa niat kau pada awalnya? Tanya diri kau! Tak salah pilih wife cantik.

 Cuma jgn hukum dia bila dia dah gemuk. Tu je aku mintak. Bahagiakan & hargailah permata yg ada di depan mata, supaya tak tercalar permatamu dek kerana kaca yang kamu idam-idamkan. Maaf salah silap. TQ.




- cik kiah

Read more…

Aksi "Panas" remaja bermaksiat terang-terangan di taman tasik jadi viral



Bandar besar yang baik sering dilengkapi dengan kemudahan awam seperti kawasan rehat, taman dan tempat kanak-kanak bermain.

Malangnya, remaja zaman sekarang sering menyalahgunakan kawasan-kawasan terbuka seperti ini untuk aktiviti kurang sopan dan maksiat.

Beberapa keping foto tersebar di media sosial pada Khamis lalu menyaksikan sepasang kekasih berpelukan dan berguling-guling di sebuah taman tasik. Tanpa segan silu, pasangan ini berkucupan mesra sambil berbaring tanpa mempedulikan orang ramai yang berada di situ.






Walaupun individu yang memuatnaik foto ini tidak menyatakan lokasi tepat perlakuan ini berlaku, ianya jelas menunjukkan keruntuhan akhlak remaja pada sekarang.

Read more…

10 Mar 2016

Saranan Sebat Pesalah Zina Depan Masjid, Bagi Keinsafan - Hassan Mahmood





KOTA BHARU - Kerajaan negeri disaran agar menimbangkan cadangan supaya mengenakan hukuman sebat di khayalak ramai terhadap pesalah yang melakukan zina sebagai satu langkah pencegahan dan menginsafkan rakyat.

Saranan itu disuarakan oleh Datuk Hassan Mahmood ketika membahaskan titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam sidang Dun Kelantan semalam.

Beliau mengumumkan cadangan itu ketika menyentuh mengenai hubungan baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri perlu diteruskan, bukan sahaja dalam aspek pembangunan tetapi hukuman hudud.

“Saya mencadangkan kepada kerajaan, sebelum berjaya menjalankan Kanun Jenayah Syariah kita laksana setakat mampu

“Hukuman sebat, sekarang ini walaupun bidang kuasa mahkamah syariah hanya enam sebatan sahaja yang diizinkan oleh undang-undang, maka kita buat yang enam dahulu,” katanya semalam.

Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya hukuman itu dilakukan pada hari Jumaat, dan sekiranya boleh dilaksanakan di hadapan masjid.

“Kalau boleh kerajaan negeri cuba buat persiapan di masjid utama di setiap jajahan, sediakan tempat untuk melaksanakan sebatan kepada pesalah,” katanya.

Beliau memberikan contoh kes yang berlaku di Sabah dimana seorang lelaki dihukum sebat di pekarangan Mahkamah Tinggi Tawau akibat kesalahan berzina.

“Satu kes melalui seorang peguam, kesalahan persetubuhan haram di bawah Seksyen 80 (1) AKJS Sabah 1995, pesalah itu dikenakan enam kali sebatan di dewan mahkamah pada 29 September 2015, disaksikan 40 jemputan khas,” katanya.

“Saya mencadangkan supaya kerajaan negeri menerusi Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah supaya memikirkan, sekiranya tidak bercanggah dengan peraturan dan undang-undang

“Walaupun enam sebatan kita laksanakan di khalayak ramai, ia adalah untuk memberikan keinsafan kepada orang yang menyaksikan supaya tidak melakukan perkara sama,” katanya. - Siakapkeli.my

Read more…

9 Mar 2016

Produk “Tengah Malam” Ini Jadi Bualan Ramai, 18,000 Botol Terjual Dalam 3 Minggu Tanpa Iklan





Pada minggu lepas, Siakap Keli terbaca satu status seorang wanita di laman sosial berbunyi “Syukur, terjual 18,000 unit dalam 3 minggu tanpa sebarang kos pengiklanan, satu permulaan yang baik bagi produk baru saya”.

Mendengar akan hal itu pihak Siakap Keli merasa sangat pelik dan ingin tahu apakah produk yang wanita ini jual sehingga 18,000 unit terjual dalam masa 3 minggu dipasarkan tanpa sebarang iklan dan publisiti. Memandangkan ia adalah satu produk baru, pihak kami terus menghubungi beliau dengan harapan dapat mengetahui apa yang berlaku.

Produk kesihatan dan kecantikan yang lain kebiasaannya mampu membuat jualan yang tinggi dengan bantuan iklan berkos tinggi selain itu sengaja mencetuskan kontroversi-kontroversi semata-mata meraih publisiti secara percuma.

Namun, produk ini pula secara semulajadi telah mencetuskan satu fenomena baru di Malaysia dan kini mula mendapat permintaan yang tinggi di pasaran selain kelihatan mula viral di laman sosial oleh penguna-pengguna menceritakan keberkesanan dan kebaikannyakepada rakan-rakan.

Produk Apa yang Dimaksudkan ini?

Produk tersebut diberi nama “Permata Sunti” yang mana merupakan satu produk untuk penjagaan bahagian sulit wanita bagi mengetatkannya dengan ramuan traditional.

Menurut testimoni yang kami lihat, pengguna sangat berterima kasih dan menganggap produk ini satu keajaiban. Maka, tidak hairanlah ia mampu mencetuskan satu fenomena dan jadi bualan ramai.



Menurut pengusaha ketika ditemuramah oleh pihak Siakap Keli, “Ramuan asas bagi produk ini sebenarnya telah digunakan sejak turun temurun oleh nenek moyang kita iaitu pati buah Pinang. Pati buah Pinang yang digunakan untuk mengetatkan vagina wanita secara tradisional mampu mengembalikan detik-detik indah seperti ketika baru berkahwin.

Dia juga mengatakan sangat teruja dengan hasil produknya itu kerana dapat membantu orang ramai dalam menyelesaikan sesetengah masalah rumah tangga. Seperti yang kita tahu, banyak juga masalah-masalah rumah tangga yang berpunca dari hubungan intim suami isteri.

Apa Rahsia Produknya Jadi Bualan & Laris?

Menurut pengusaha, tiada sebarang rahsia dalam pemasarannya tetapi keberkesanannya sehingga dianggap satu keajaiban itu sendiri yang membuatkan orang ramai kagum dan tersebar dari mulut ke mulut dengan sendiri sekaligus mencetuskan satu fenomena disebut sebagai produk ajaib rumah tangga.

Dia sendiri tidak menyangka permintaan mendadak secara tiba-tiba pada minggu ke-2 setelah berjaya menjual produknya itu sekitar 2,000 unit pada minggu petama.

Tambahnya lagi, menurut testimoni dari pengguna-pengguna produknya setakat ini sangat positif dan mengatakan kehidupan rumah tangga mereka semakin indah dan impaknya sangat ketara.

Bagaimana Beliau Boleh Menghasilkan Produk Ini?

“Idea mengeluarkan produk untuk merawat masalah kewanitaan ini adalah apabila saya sering mendengar keluhan dari beberapa rakan yang tercari-cari produk terbaik untuk mereka. Dan saya diberitahu seorang rakan baik dari Indonesia yang ibunya sudah pun berumur 72 tahun tetapi masih kelihatan muda dan sihat.

Ayat pertama yang benar-benar buat saya terkesan adalah “Bila rahim kita sihat, aura wanita akan terpancar diwajah. Penawar kecantikan sebenar seorang wanita adalah dari dalam. Rahim sehat, wajah kita akan turut nampak sihat, rahim bermasalah, badan juga akan bermasalah.”.

Setelah itu saya menemui seorang “Chemist” di salah satu kilang bertaraf GMP dan IMP pembuatan kosmetik untuk membuat RnD lalu saya mendapati Pinang Muda, Sireh, Manjakani, Kacip Fatimah dan akar Serapat adalah solusi yang paling bagus untuk merawat masalah kewanitaan.

Saya menunggu lagi setahun untuk mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan akhirnya setelah melalui tempoh yang lama, Permata Sunti berjaya dihasilkan (kod rujukan KKM NOT151104337K).”




Membantu Orang Ramai Mendapatkan Pendapatan Sampingan.

“Kami juga menawarkan peluang perniagaan kepada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan dengan keuntungan sehingga 50%.

Kami juga akan turut membantu Stokis dan Agen kami dengan mengiklankan produk dimasa hadapan untuk meningkatkan jualan.”

Kepada sesiapa berminat untuk mengetahui lebih lanjut untuk mendapatkan produk ini bagi kegunaan sendiri atau ingin menambahkah pendapatan sampingan boleh menghubungi:

Talian Hotline: 014-6600013
Facebook Page: Gel Penambat Suami

Mendengar segala penjelasan beliau, kami (Siakap Keli) berasa kagum dengan usaha gigihnya selain ikhlas membantu dalam menyelesaikan masalah-masalah para wanita selain itu turut memberi peluang orang ramai dalam meningkatkan pendapatan dengan keuntungan yang tinggi.

Apa yang kami lihat, produk ini sangat berpotensi dengan keberkesannya, kebaikannya kepada orang ramai sehingga menjadi bualan pengguna-pengguna dari mulut ke mulut sehingga mampu terjual secara di luar talian tanpa sebarang bantuan pengiklanannya.

Pihak Siakap Keli mengucapkan selamat maju jaya kepada anak tempatan ini. Semoga produk beliau mampu memberi impak yang besar dalam rumah tangga dan juga membantu ekonomi rakyat Malaysia. — Siakapkeli.com

Read more…

8 Mar 2016

Nak 'pakai' saya semalam? Alahai...murahnye harga diri kau!




Dasyat perempuan sekarang ini yer, harga diri dah tak penting untuk dijaga dan begitu ‘murah’ sekali! Dunia semakin moden, tapi manusia semakin bodoh dengan kemodenan.. Tengok jer lah minah Jasmine Ellsa kat atas tu, sedang mencari abang-abang Vvip untuk ‘dipakai’ semalam jer di laman sosial Facebook.. Bodohnya, ni lah perempuan bodoh yang sedang melacurkan diri!

Apa yang tak boleh blah tu, minah ni siap 'sound' yang orang miskin tak dialu-alukan dan dah diberi amaran keras supaya jangan sesekali cuba nak ‘try’ komen kat situ, dia nak mencari orang yang kaya-raya jer.. Yang mampu memberikan dia kemewahan dengan sekelip mata.. Yela, orang kaya kan mampu bagi apa-apa saja berbanding yang miskin.. Bagi minah ni, yang miskin tu sangat menjijikkan!

Apabila manusia yang jenis lupa diri dan tak tahu bersyukur, macam ni lah jadinya.. Dia tak tahu, orang pandang dia pun lebih menjijikkan! Dasar jenis perempuan yang tak mempunyai maruah langsung, dia fikir dia hebat sangat dengan kesempurnaan yang dianugerahkan kepada dia!

Tahu lah dia mempunyai rupa paras yang cantik, rambut ikal mayang dan body pun ‘hot’.. Sudah pasti ramai jantan terpikat dengan kecantikkannya, betul tak?? Tapi tak payah lah nak sombong sangat, tak ada siapa nak pandang kecantikkan tu kalau perangai dah macam perempuan sundal!




Yang pandang dan mendekati dia pun hanya nak ‘pakai badan’ dia jer! Kesempurnaan yang dimiliki kalau tak dijaga dengan baik pun, suatu hari nanti pasti akan menjahanamkan diri sendiri juga

Read more…

7 Mar 2016

“Siapa Nak Terima Perempuan Yang Dah Terlanjur?” – Teguran Untuk Lelaki Yang Bajet Sempurna




" Siapa nak terima weyh perempuan yg dah tak suci . Siapa yg nak terima weyh perempuan yg dah terlanjur"


" Aku ingat dia baik weyh . Kawan dia cakap dia ni tak tggal solat . Jaga hubungan


Mai ribut , rupanya dah pernah terlanjur dgn bf dia . Aku baru nk pinang dia . Puihh tk jadi ! Jijik ! "




Islam tawarkan peluang
pada setiap pengikutnya


Kalau dia nak kembali
maka Islam bukak seluasnya harapan pada dia


Tapi , sesetengah penganutnya memilih untuk menghukum instead of mengampun


Everyone keep saying


She is a sinner . Dia perempuan kotor . Dia tak layak untuk lelaki yg baik-baik . Dia penzina . Dia pendosa


Wajarlah jika dia hanya layak untuk lelaki sekotor dia .


Kalau kau rasa kau baik
Sepatutnya kau bimbing dia ke jalan yg lebih baik . bukannya buang dia , ifrit


Kita tak rasa benda itu . Sebab perempuan itu bukan adik kita , bukan kakak kita , bukan anak perempuan kita


Macam mana kalau orang hina dan jijikkan perempuan yg dikalangan ahli keluarga kita


Its happened
And its the past . She regrets it . She changes and perhaps Allah forgives her .


But you didnt , berlagak sangat
Mcm kau ni jalan terapung , berkepak , muka bercahaya


Padahal , selfie pun 360


Allah ampunkan dosa kita . Tak bukak pun , tak hinakan pun kita pada manusia


Kenapa pulak , kita yg melebih nak menghukum dan tentukan nasib dia ?


You never know how painful it is to not be accepted by our own people . To listen every single words


" Jijik "
" Kotor "
" Pendosa "


Until someday its happened to your own family .


Dan , mungkin , bila harapan itu tiada lagi dalam agama yg sepatutnya . Dan , dia mencari jalan yg tk sepatutnya ..


" Banganglah murtad . Takde pegangan ke "
" Orang mcm ni layak dibunuh je . Islam je agama yg benar , bodoh ! "


We didnt realise who turn them off . We didnt realise who throw she out . We just judging for the outcomes .


Jangan sebab harini kita tutup pintu harapan untuk seorang hambaNya . Allah tutup pintu Syurga kat akhirat sana

Read more…

Za-kar kena potong selepas selesai solat maghrib di Gua Musang



GUA MUSANG - Seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja di sebuah ladang sawit Pos Pulat di sini, putus kemaluannya disyaki dipotong seorang wanita warga Thailand malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian berlaku jam 8.30 malam dalam kebun pisang di belakang surau Kampung Gua Air yang terletak kira-kira lapan kilometer dari Pos Pulat.

"Sebelum kejadian mangsa, yang berumur 36 tahun tinggal di rumah kongsi pekerja ladang di Pos Pulat, telah ke Kampung Gua Air menaiki sebuah motosikal bersama seorang rakannya.

"Mangsa tiba di kampung itu untuk menunaikan solat Maghrib, manakala rakannya duduk di kedai berhampiran sambil berbual menerusi telefon bimbit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebaik selesai solat Maghrib, mangsa turun dari surau itu lalu seorang wanita yang dikenalinya mengheret tangannya masuk ke kebun pisang sebelum wanita itu membuka seluar mangsa dan tanpa disedari, wanita itu memotong kemaluannya.

Katanya, mangsa menyedari kemaluannya dipotong selepas terasa sakit lalu meraung meminta tolong, manakala suspek terbabit sudah beredar dari tempat kejadian.

"Imam surau berkenaan yang terdengar jeritan mangsa meminta tolong, bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kemaluan mangsa berlumuran darah.

"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Gua Musang sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Baharu untuk rawatan lanjut. Polis sedang mengesan wanita berusia 19 tahun itu untuk membantu siasatan," katanya. - Bernama

Read more…

Bertudung tapi baju jarang nampak bra, Adik Neelofa 'Hentam' netizen lagi sekali!



Baru sahaja reda kontroversi mengenai video adik selebriti ini yang membandingkan kelebihan bersekolah swasta dan kerajaan, nama Ameera sekali lagi menjadi bualan orang ramai.

Kali ini, fesyen yang dikenakan oleh si cantik manis ini pula menjadi krtikan netizen. Baju jarang, seluar singkat dikatakan tidak sesuai dengan penampilannya yang berhijab. Tapi, status Amran Fans paling ‘panas’!

Baju jarang, seluar singkat….




















Menerusi laman Instagramnya, foto-foto yang dimuatnaik ini telah mendapat kritikan demi kritikan daripada netizen. Malah, ada juga yang mengaitkan isu ini dengan isu sekolah swasta yang menjadi viral baru-baru ini.

Dakwa mereka, pemikiran Ameera banyak dipengaruhi oleh persekitaran sekolah swasta sehingga tidak menjada tatasusila sebagai seorang gadis Islam yang berhijab yang seharusnya menutup aurat dengan sempurna.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu yang mempertahankan adik Neelofa ini dengan menyatakan bahawa gadis ini baru berusia belasan tahun dan masih belum cukup matang.

Apa kata Amran Fans?







Namun, lebih menarik perhatian lagi, laman Facebook Amran Fans juga telah memberikan status pedas terhadap gambar tersebut. Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, belum ada lagi kenyataan balas daripada pihak Ameera sendiri mengenai isu ini.

Read more…

5 Mar 2016

Che Ta Dikecam Pakai Purdah Ala Seluar Dalam Jarang (French Lace)




TERNYATA dunia artis banyak mehnah dan ragamnya. Terdahulu viral menerusi laman sosial ratu kontroversi tanah air menjelir lidah ketika umrah di Tanah Suci.
Kini tiba giliran aktres jelita, Che Ta pula dikecam netizen hanya kerana memakai purdah seakan-akan bentuk corak seluar dalam wanita atau spender ‘French lace’.


Che Ta bersama Aaisyah Dhia Rana
Fenomena ini tercetus apabila Rozita Che Wan atau Che Ta memuat naik beberapa keping gambar beliau dan keluarga akan berangkat menunaikan umrah di laman Instagramnya.
Gambar yang menunjukkan Che Ta anggun mengenakan abaya hitam dan ber’purdah’ itu mendapat komen negatif dari sesetengah rakyat Malaysia yang berkemungkinan juga merupakan ‘haters’ beliau.



Walaupun hangat memperkatakan tentang pemakaian Che Ta, ternyata aura anak perempuan Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana tidak kurang hebatnya.
Si cilik ini masih lagi mencuri tumpuan dan mendapat pujian daripada ‘fans’ beliau. Ternyata kelihatan cantik dan comel berturban.



Aaisyah Dhia Rana

Namun, ada juga dalam kalangan peminat Che Ta yang turut mendoakan agar keberangkatan beliau ke Tanah Suci dipermudahkan segala urusan.
Walau apapun, kami percaya keberangkatan Che Ta dan keluarga ke Tanah Suci diiringi dengan niat yang suci dan betul.
Semoga Che Ta dan keluarga mendapat keberkatan dalam ibadahnya.- MYNEWSHUB.CC

Read more…

4 Mar 2016

Buah da da pelajar diramas selepas acu parang


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Satu bertindak berani menghalang cubaan rogol ke atas dirinya dengan mengacu parang pada suspek yang mencabulnya di Pangsapuri Kos Rendah, Tasik Selatan, di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian itu jam 11 pagi, mangsa mendakwa seorang pengawal keselamatan berusia 34 tahun yang dikenalinya kerana tinggal di blok kediaman sama, datang mengetuk pintu rumahnya di tingkat 3.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata suspek memberitahu dia diminta oleh bapa mangsa untuk memanggilnya turun ke tingkat bawah blok kediaman mereka.

"Bagaimanapun apabila mereka turun ke bawah blok, mangsa mendapati bapanya tiada di situ dan suspek menyatakan bapa mangsa berkemungkinan sudah ada di tingkat 9 yang juga adalah tingkat kediaman suspek.

"Semasa berada di tingkat 9, suspek membawa mangsa masuk ke rumahnya dan mengunci pintu sebelum mengarahkan mangsa duduk di ruang tamu," katanya ketika dihubungi BH semalam.

Beliau berkata, semasa mangsa sedang membelek buku, suspek menghampirinya sambil mengeluarkan parang namun mangsa menolak parang berkenaan sebelum diarahkan untuk mengikutnya masuk ke bilik.

"Semasa dalam bilik, suspek menyelak baju dan memegang badan mangsa sebelum meramas buah dada dengan kedua-dua tangannya.

"Pada masa sama, mangsa mengambil parang di tepi katil dan mengugut untuk membunuh suspek sekiranya dia cuba memperkosa dirinya sebelum lari menyelamatkan diri," katanya.

Read more…

2 Mar 2016

BELANJA SEKOLAH RM2, GADIS INI MENDAPAT PENDAPATAN RM18000 SEBULAN HASIL M3LACUR

Dengan Bermodalkan RM2 Duit Belanja Sekolah,,Gadis Ini Mendapat Pendapatan RM18000 Sebulan Hasil M3lacur









Read more…