[x]

21 Mar 2016

Kanak-Kanak Untuk Dijual Kejutkan Netizen



`Kanak-kanak untuk dijual’ . Mengejutkan tetapi ia telah diiklan oleh ibu kanak-kanak berkenaan yang menggunakan nama Jaton Justsilly Jaibabi di dalam Facebook.

Bagaimanapun akaun Facebook wanita berkenaan tidak lagi diaktifkan.

Selepas gambar berkenaan dimuat naik dalam Facebook dengan kapsyen `Kanak-kanak untuk dijual, 45% diskaun disebabkan mereka teruk’, polis di Memphis telah melancarkan siasatan.

Namun ia agak sukar kerana maklumat yang diperolehi adalah terhad.

Gambar berkenaan juga menyebabkan netizen marah dan menuntut supaya kanak-kanak terbabit dibawa keluar dari rumah tersebut.

Bagaimanapun sepupu wanita terbabit, Derion King telah mempertahankannya.

“Saya tidak begitu kisah dengan pandangan orang ramai. Keluar dan rakan-rakan kami tahu bahawa kami sayangkan kanak-kanak dan adalah sesuatu yang gila apabila orang ramai menghakimi kami disebabkan satu perkara sahaja.

“Sebenarnya ia adalah satu jenaka tetapi orang ramai mengambil serius. Kita melakukan kesilapan dan telah mendapat pengajaran daripada situasi ini. Mereka selamat, tidak dicederakan dan disayangi sepanjang masa,’’ kata King.

0 comments:

Post a Comment