[x]

29 Apr 2016

teman Lelaki londeh seluar dalam teman wanita depan McDonald



Seorang lelaki di China yang mengesyaki kekasihnya curang, telah bertindak keterlaluan apabila cuba menanggalkan seluar dalam teman wanitanya itu di khalayak ramai, di depan restoran makanan segera McDonald.

Dia sanggup merebahkan diri ke tanah semata-mata mahu menarik seluar dalam berwarna merah milik wanita itu.

Meskipun dia dipukul dan ditampar namun lelaki berkenaan tidak mempedulikan maki hamun yang diterimanya daripada kekasihnya itu.



Lelaki itu mendakwa wanita itu berlaku kejam dengannya kerana mempunyai kekasih lain.
Adegan berkenaan telah dirakamkan dan apabila ia tersebar di media sosial, netizen telah mencemuh orang ramai yang menyaksikan drama tersebut.

“Malangnya tiada siapa yang membantu wanita berkenaan tetapi mereka tidak melepaskan peluang untuk merakamankan adegan terbabit,” bidas seorang netizen.

0 comments:

Post a Comment