[x]

15 Oct 2015

Punca Sebenar kematian Muhammad Firdaus





Kuala Lumpur – Hasil bedah siasat mendapati kematian remaja orang kurang upaya (OKU) Allahyarham Muhammad Firdaus Dullah, 16, semalam adalah disebabkan tersedak makanan ketika sawan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban.

Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Dr. Ariffin Mohamad turut mengesahkan perkara itu, sebentar tadi.

“Disebabkan sawan, dia tersedak makanan dan puncanya adalah tersedak makanan,”katanya ketika ditemui media di luar Jabatan Forensik HTJ.

Bagaimanapun, Dr. Ariffin enggan mendedahkan jenis makanan yang dimakan Allahyarham ketika kejadian.

“Kita akan menghantar sampel makanan ke Jabatan Kimia untuk mengetahui jenis makanan itu.

“Keputusan laporan itu akan diketahui dalam tempoh sekirang-kurangnya dua minggu lagi,” katanya lagi.

Muhammad Firdaus dilaporkan meninggal dunia pada pukul 1.15 petang dipercayai akibat diserang sawan ketika makan tengah hari di Rumah Sinar Harapan.

Terdahulu, Muhammad Firdaus dimasukkan ke rumah kebajikan berkenaan selepas ditemui dalam keadaan kurus kering oleh pihak Jabatan Imigresen Negeri Sembilan ketika operasi pendatang asing tanpa izin dilakukan dekat rumahnya di Taman Semarak, Nilai, tahun lalu,

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjis Negeri selepas solat Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Haji Mohd Said.

0 comments:

Post a Comment