[x]

28 Oct 2015

Video Cemas ketika Nelayan Selamatkan Pelarian Syria




Sedang viral di laman media sekarang ada satu rakaman video yang menyaksikan sekumpulan nelayan Turki cuba menyelamatkan beberapa pelarian Syria di Laut Aegean baru-baru ini.

Antara yang berjaya diselamatkan adalah seorang kanak-kanak lelaki yang turut terapung bersama ahli keluarganya selepas bot mereka karam ketika mahu menuju ke Eropah.

Keadaan menjadi kelam-kabut apabila nelayan terbabit mendapati kanak-kanak kecil itu terapung dan cuba menyelamatkan nyawanya dengan menepuk-nepuk badannya.

“Dia kelihatan sangat pucat. Kami sangkakan dia mengalami hipotermia kerana badannya sangat sejuk manakala kaki serta tangannya sudah bertukar putih. Mulutnya juga berbuih,” ujar salah seorang nelayan itu.

Mereka turut membuat panggilan kecemasan untuk menyelamatkan kanak-kanak berusia 18 bulan yang dikenali sebagai Muhammad Hasan.





Kumpulan nelayan itu dikatakan berjaya menyelamatkan 15 orang pelarian dari mati kelemasan di lautan tersebut. -




0 comments:

Post a Comment